Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9 ditangkap akibat dadah, judi tanpa lesen

Mar 24, 2023 | 05:30 AM



SEMBILAN individu ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah dan perjudian menyusuli satu operasi penguatkuasaan sepanjang lima hari, antara 13 dengan 17 Mac 2023, kata polis pada Khamis.



Tujuh lelaki berusia 24 hingga 66 tahun dan seorang wanita berusia 60 tahun ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah.



Empat bungkusan mengandungi bahan berbentuk granular dan berwarna coklat seberat 28.6 gram yang dipercayai adalah dadah terkawal, alat penggunaan dadah dan satu telefon bimbit telah dirampas, kata polis.



Seorang lelaki berusia 27 tahun juga ditangkap kerana dipercayai berjudi menerusi penyedia khidmat perjudian tanpa lesen.



Operasi itu bermatlamat untuk menyekat kegiatan haram di kawasan Yishun, Sembawang, Woodlands dan Marsiling, dan dipimpin pegawai dari Divisyen Woodlands dan Biro Narkotik Pusat, kata polis.



Polis menekankan bahawa Singapura bersikap toleransi sifar terhadap dadah terkawal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >