Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9 kelompok Covid-19 di dormitori ditutup, lagi 275 pesakit pulih: MOH

Aug 04, 2020 | 10:35 PM




KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) berkata dua penduduk tetap (PR) yang tiba di Singapura dari India pada 23 Julai lalu merupakan antara tujuh kes import baru Covid-19 pada Selasa (4 Ogos).



Menurut MOH dalam kenyataannya, kesemua kes import itu melibatkan pesakit yang mempunyai sejarah perjalanan dari India. 



Selain penduduk tetap itu, dua kes lagi adalah pemegang pas pekerja yang kembali ke Singapura dari India pada 22 Julai dan 31 Julai, manakala terdapat dua pesakit merupakan pemegang pas tanggungan yang tiba pada 21 dan 22 Julai.



Kes import terakhir pula merupakan pemegang pas pelajar yang tiba di sini pada 23 Julai lalu.



Kesemua mereka telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setiba di Singapura dan diuji positif semasa menjalani tempoh SHN 14 hari itu.



MOH juga melaporkan di kalangan 295 kes baru Covid-19 pada Selasa, dua melibatkan kes dalam masyarakat.



Kebanyakan kes pula merupakan pekerja asing yang tinggal di dormitori, manakala sembilan kelompok Covid-19 di dormitori ditutup kerana mereka kini bebas virus tersebut. 





Lagi 275 kes telah dibenar keluar hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, dengan 125 kes masih di hospital tetapi mereka berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih.



Terdapat satu kes dalam unit jagaan rapi, kata MOH.



Singapura mencatat 27 kematian akibat komplikasi virus Covid-19. 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >