Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9 pekerja asing adang ruang masuk bangunan di Ang Mo Kio, dakwa tidak dibayar gaji

Oct 18, 2022 | 08:26 PM



SEKUMPULAN sembilan pekerja asing dikatakan mengadang ruang masuk bangunan di Ang Mo Kio pada tengah hari Selasa (18 Oktober) kerana gaji yang tidak dibayar.



Dalam video 18 saat yang dimuatnaikkan di kumpulan Facebook 'Singapore Incidents', lima daripada sembilan pekerja ini boleh dilihat memegang kertas dengan tulisan Cina yang menamakan firma Shanghai Chong Kee dan mendesaknya membayar hutang dan hutang itu adalah gaji yang tidak dibayar.



Kapsyen yang mengiringi hantaran itu berkata pekerja ini mendakwa mereka tidak dibayar gaji tiga bulan. Mereka menggunakan lori untuk mengadang ruang masuk bangunan NCS Hub.



Beberapa orang kelihatan sedang berbual dengan pegawai polis sebagaimana yang terakam dalam video ini.



Polis memberitahu akhbar The Straits Times bahawa ia menerima panggilan bantuan daripada seseorang di 5 Ang Mo Kio Street 62 pada 1.50 petang Selasa.



Alamat yang diberi adalah bangunan NCS Hub.



Polis menyatakan sembilan lelaki ini adalah antara usia 28 hingga 54 tahun sambil menambah mereka mengikut arahan apabila diminta menghentikan perbuatan mereka.



Tiada orang diberkas. Lelaki-lelaki ini sedang membantu polis dalam siasatannya bagi kesalahan melibatkan diri dalam satu perhimpunan awam tanpa permit.



Polis menambah mereka yang didapati bersalah terlibat dalam perhimpunan awam tanpa permit di bawah Akta Perintah Awam boleh didenda hingga $3,000.



Ia juga mengingatkan orang awam bahawa menganjurkan atau melibatkan diri dalam perhimpunan awam tanpa permit polis di Singapura adalah haram dan merupakan satu kesalahan di bawah akta ini.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >