Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9 penduduk dipindahkan selepas kebakaran di flat Yishun, tiada yang cedera

Apr 20, 2018 | 06:20 PM





SATU kebakaran berlaku di bilik tidur sebuah flat di Yishun awal pagi tadi (20 April).



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu akhbar The Straits Times bahawa mereka mengetahui tentang kebakaran di Blok 167 Yishun Ring Road itu sekitar 12.50 pagi.



Kebakaran yang melibatkan barang-barang dalam bilik itu dapat dipadamkan SCDF dengan menggunakan jet air.



Difahamkan, kebakaran itu melibatkan bateri basikal elektrik.



Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat, kata SCDF.



Sekitar sembilan penduduk dipindahkan dari blok itu, termasuk mereka yang tinggal berdekatan dengan unit yang terjejas itu di tingkat tujuh.



Pengguna Facebook, Encik Tyler Toh berkata dalam stau kumpulan Facebook bagi pengguna alat mobiliti peribadi bahawa basikal elektronik itu kepunyaan ayahnya.



Beliau dan beberapa anggota keluarga lain berjaya melarikan diri dari unit itu sejurus sahaja kebakaran berlaku di bilik utama.



Katanya, mereka pada awalnya telah cuba memadamkan api dengan tuala tetapi bateri itu meletup “beberapa kali lagi” sebelum api mula merebak ke katil.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >