RANCANGAN penerbangan beberapa penumpang di Lapangan Terbang Changi terganggu awal pagi Khamis (23 Jan) selepas satu bunyi amaran kecemasan kebakaran berbunyi di menara kawalan menyebabkan ia terpaksa dikosongkan.
"Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Changi terganggu pada 12.10 pagi ini disebabkan Menara Kawalan Changi dikosongkan. Menara itu dikosongkan sedang sistem mengawal api diaktifkan,'' kata kenyataan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (Caas).
Penerbangan kembali normal pada 1.40 pagi selepas menara itu
kembali beroperasi.
"Semasa tempoh itu, 50 pesawat yang sepatutnya terbang ditunda selama 30 minit atau lebih lama dan sembilan pesawat yang sepatutnya mendarat dipesongkan.''
The Straits Times (ST) difahamkan beberapa pesawat dipesongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim di Batam dan yang lain ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
"Tidak ada kebakaran berlaku. Siasatan masih dijalankan terhadap punca bunyi kecemasan kebakaran diaktifkan,'' kata Caas.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
9 pesawat dipesongkan, 50 ditunda akibat menara kawalan Lapangan Terbang Changi dikosongkan
Jan 23, 2020 | 08:16 AM