Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9 syarikat bersaing bagi pakej perkhidmatan bas Seletar

Mar 03, 2017 | 10:39 AM



KESEMUA sembilan bida yang dikemukakan bagi pakej bas Seletar diterima oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Bida paling rendah sebanyak $480.3 juta daripada SBS Transit, syarikat yang sekarang mengendalikan perkhidmatan bas di kawasan itu, manakala yang tertinggi - $583.4 juta - datang daripada sebuah pengusaha bas swasta tempatan, Woodlands Transport.

Pembida kali pertama, National Express, yang mengendalikan perkhidmatan bas di Britain, mengemukakan bida sebanyak $536.8 juta.

Pembida lain ialah tiga pengendali perkhidmatan bas tempatan, SMRT, Go-Ahead dan Tower Transit; Busways dari Australia; dan dua konsortium: Kumho Buslines-Tian San Shipping dan Travel GSH-Jiaoyun Group.

Kumho dari Korea Selatan, Jiaoyun dari China, manakala Travel GSH dan Tian San syarikat tempatan.

Syarikat yang berjaya akan mengendalikan 26 laluan bas yang bergerak dari pusat tukaran bas Ang Mo Kio, Yio Chu Kang dan Yishun mulai tahun depan (2018). Ia juga akan menguruskan Depo Bas Seletar, yang dijadualkan dibuka pada suku ketiga tahun ini (2017).

Pakej Seletar, iaitu tender ketiga di bawah model bas kontrak pemerintah, dijangka dianugerah menjelang akhir bulan ini (Mac).

Di bawah model bas kontrak, Pemerintah memiliki semua aset tetap dan operasi manakala pengusaha memberi tumpuan pada memenuhi mutu perkhidmatan.

Tender bas pertama, bagi pakej Bulim, dimenangi firma Anglo-Australia Tower Transit dengan tawaran $556 juta. Ia sekarang mengendalikan 26 perkhidmatan di barat Singapura.

Tender kedua dianugerahkan kepada Go-Ahead dari Britain, yang mengemukakan bida sebanyak $497.70 juta.

Go-Ahead sekarang mengendalikan 25 perkhidmatan di Pasir Ris dan Punggol.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >