Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

90% kampung utama Pulau Ubin bakal dijana tenaga suria jelang 2023

Jun 26, 2022 | 05:30 AM

MENJELANG 2023, kawasan perkampungan utama di Pulau Ubin bakal menyaksikan sekitar 90 peratus keperluan tenaganya dikuasakan oleh tenaga suria, hasil daripada grid kuasa yang dinaik taraf.

Grid yang dinaik taraf itu adalah antara penambahbaikan Pulau Ubin yang diumumkan oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, ketika menghadiri acara tahunan Hari Ubin semalam.

Beliau menambah, butang amaran peribadi telah dipasang di rumah warga emas di kawasan itu oleh Lembaga Taman Negara (NParks) dan GovTech, sebagai sebahagian daripada satu ujian rintis.

Ini membolehkan warga emas di situ memanggil untuk mendapatkan bantuan dengan segera sekiranya mereka berdepan dengan situasi kecemasan.

Encik Tong berkata pili bomba dan gelung hos juga akan dipasang di perkampungan utama pulau itu, serta di Kampong Sungei Durian dan Ubin Living Lab (kemudahan untuk kajian lapangan dan pendidikan alam sekitar) bagi mengukuhkan tindak balas pengurusan kebakaran pulau itu.

Sebelum ini, semua isi rumah diberi alat pemadam api sebagai sebahagian daripada inisiatif yang lebih besar untuk menambah baik kemudahan di pulau itu.

Turut menyertai Encik Tong pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, dan Ketua Eksekutif NParks, Encik Kenneth Er.

NParks merupakan agensi pengurusan pusat bagi Pulau Ubin.

Grid Mikro Pulau Ubin telah dilancarkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada 2013 untuk menyediakan lebih daripada 30 penduduk dan perniagaan di pulau itu dengan bekalan elektrik yang lebih dipercayai, lebih bersih dan berpatutan berbanding penjana kuasa diesel.

Selain menjadikan bekalan tenaga grid lebih bersih, EMA berkata NParks akan memperluaskan liputan grid mejangkaui kampung utama pulau itu ke Kampong Sungei Durian, di mana sebanyak 13 isi rumah akan mendapat manfaat.

Grid itu akan dikendalikan oleh syarikat EDPR Sunseap APAC.

Dalam pada itu, Encik Tong juga memberikan maklumat terkini tentang usaha pemulihan spesies yang telah dilakukan oleh NParks sejak beberapa tahun lalu.

Sebagai contoh, sejak pembangunan tapak bersarang spesies burung 'blue-throated bee-eater', spesies di bawah Program Pemulihan Spesies NParks, NParks telah merekodkan 21 kejadian bersarang.

Pemantauan musim pembiakan semasa masih diteruskan.

Sementara itu, penambahbaikan Kuari Pekan dengan tanah lembap terapung telah berjaya meningkatkan kawasan habitat hidupan liar yang boleh digunakan untuk burung, sekali gus membolehkan lebih banyak penampakan burung bangau, raja ikan dan ayam air di kawasan itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3