Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

90 kerja baru dicipta dengan peluasan syarikat penyelidikan utama AS di S'pura

Makmal Labcorp akan jadikan SG lebih menawan sebagai hab biomedikal, menarik lebih banyak pelaburan bagi sektor itu
Nov 11, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 90 pekerjaan kejuruteraan dan penyelidikan baru akan dicipta dalam sektor biomedikal apabila sebuah syarikat penyelidikan utama memperluas operasinya di sini.



Labcorp, yang mempunyai sebuah makmal pusat di sini, semalam mengumumkan peluasan makmal itu dan rancangannya menubuhkan sebuah makmal bioanalisis baru.



Syarikat itu berpangkalan di Amerika Syarikat dan mengendalikan rangkaian makmal klinikal antara yang terbesar di dunia.



Prasarana bersepadu Labcorp di Jurong East itu adalah kemudahan sedemikian yang pertama dibina di Asia Tenggara dan akan menambah keupayaan canggih kepada ekosistem biomedikal di Singapura, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.



Menurut Encik Gan lagi, makmal Labcorp itu akan menjadikan Singapura lebih menawan sebagai hab biomedikal bagi rantau ini dan menarik lebih banyak pelaburan bagi sektor itu.



Ini terutama bagi platform imunokimia dan bioanalisis yang patuh pada piawaian Amalan Makmal Baik dan Amalan Klinikal Baik Labcorp, yang akan menyediakan khidmat ujian bioanalisis yang genting pada awal proses pembangunan biologi dan vaksin di Singapura, kata Encik Gan, dalam ucapannya di pelancaran peluasan itu.



Menurut Encik Gan, peluang pekerjaan yang mengiringi peluasan itu termasuk dalam sektor jagaan kesihatan, seperti penyelaras kejururawatan bagi menyelaras ujian klinikal di tempat lain, serta jurutera data untuk membangunkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mendiagnos penyakit.



Peluasan makmal Labcorp juga akan menyediakan makmal diagnostik bagi menyokong ujian serta menambah keupayaan ujian dalam terapi sel dan genetik.



Syarikat di sini juga boleh menggunakan khidmat Labcorp untuk mempercepat proses desain, pembangunan dan komersialisasi teknologi jagaan kesihatan, kata Encik Gan.



Peluasan itu, yang dilakukan 25 tahun selepas Labcorp membangunkan ibu pejabat serantaunya di sini pada 1996, akan menambah kepada 350 kakitangan di syarikat itu.



Dalam pada itu, Encik Gan berkata sepanjang dua tahun lalu syarikat utama lain yang menyediakan khidmat penyelidikan berkontrak, seperti Thermo Fisher, BioNTech, Sanofi dan GSK, telah mengumumkan rancangan masing-masing, sama ada untuk menubuhkan pejabat atau memperluas perkilangan mereka di sini.



Tujuh daripada 10 pertubuhan penyelidikan berkontrak terbaik telah memperluas operasi mereka di sini sejak sedekad lalu.



"Sektor biomedikal pemacu utama dalam pertumbuhan ekonomi kita dan ia akan terus memainkan peranan itu," kata Encik Gan, sambil menambah bahawa sektor itu mencatat pertumbuhan kukuh meskipun semasa pandemik ini, apabila ia tumbuh 24 peratus tahun lalu berbanding pada 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >