Dekati masyarakat
90 Minit Bersama...
Aug 11, 2019 | 05:30 AM
Sesi anjuran Berita Harian (BH) dengan kerjasama Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus) dan Wisma Geylang Serai untuk beri peluang pembaca akhbar ini beramah mesra dengan artis-artis yang diminati mereka selain menyokong bakat-bakat tempatan, khususnya artis mapan.
Membuka tirai acara 90 Minit Bersama... ialah artis 1970-an, Junainah M. Amin (gambar atas), yang popular dengan lagu-lagu termasuk Ratu Duniaku, Ku Sayang Padamu dan Suasana Riang Hari Raya.