Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

90% pelajar bakal tamat pengajian menengah, Pra-U telah daftar bagi vaksin Covid-19

Jun 08, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 90 peratus jumlah pelajar yang bakal menamatkan pengajian mereka di sekolah menengah dan pra-universiti telah mendaftarkan diri untuk menerima vaksin Covid-19 dan separuh daripada mereka sudah menerima dos pertama, kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.



Dalam pada itu, 80 peratus pelajar politeknik dan maktab rendah 1 dan sekitar 70 peratus murid darjah enam hingga menengah tiga telah mendaftarkan diri untuk divaksin.



Mendedahkan perangkaan tersebut semalam, Encik Chan berkata kadar pendaftaran positif sejak ia dibuka untuk pelajar sejak 1 Jun lalu.



Beliau turut mengumumkan bahawa pendaftaran bagi pelajar dari universiti berautonomi akan dibuka mulai hari ini, kata Encik Chan.



Memberikan kemas kini berkaitan program vaksinasi Covid-19 pelajar, Encik Chan berkata menerusi satu pos di Facebook bahawa pusat vaksinasi Kementerian Pendidikan (MOE) di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central memulakan operasinya semalam.



Ia merupakan salah satu daripada empat pusat vaksinasi MOE yang diperuntukkan khas, dan tiga pusat lain akan dibuka secara progresif tidak lama lagi.



Encik Chan menyampaikan penghargaannya kepada MOE, ITE dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) kerana membuka pusat vaksinasi itu dengan pantas.



Tambahnya, beliau telah berbual dengan ibu bapa dan pelajar dan berasa berbesar hati melihat pelajar yang ingin mendaftarkan diri awal untuk divaksinasi.



"Mereka memberitahu saya bahawa mereka ingin melindungi diri sendiri, keluarga dan juga teman-teman. Ia juga membuat mereka berasa lega dan lebih tenang untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun," tulis Encik Chan.



Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman berkata tiga pusat vaksinasi yang terletak di ITE Kolej Central, Kolej Timur dan Kolej Barat boleh menampung sehingga 1,600 masing-masing setiap hari manakala pusat vaksinasi di Pusat Konvensyen Raffles pula boleh menempatkan 2,000 pelajar sehari.



"Kami berharap dengan keupayaan yang bertambah ini kami dapat memberikan vaksinasi kepada semua pelajar yang layak untuk divaksinasi.



"Kepada ibu bapa, kami berharap anda tidak teragak-agak untuk menempah slot untuk anak-anak anda supaya kita dapat pastikan anak anda, institusi kita dan juga semua di Singapura selamat," katanya menerusi satu video yang dimuatnaik di Facebook.



Salah seorang pelajar Maktab Rendah Anderson-Serangoon, Edsel Lim, 18 tahun, berkata dia sudah meletakkan niat untuk mendapatkan vaksinasi itu sebaik mendengar bahawa ia akan dibuka kepada pelajar.



"Ini merupakan keputusan yang bertanggungjawab secara sosial," ujarnya.



Pelajar Sekolah Menengah Sengkang Hannah Hisham, 16 tahun, yang datang bersama ibu berkata kededua ibu bapanya menggalakkannya mendapatkan vaksin awal sebagai perlindungan jika kadar jangkitan Covid-19 meningkat lagi.



"Pada saya, baik untuk divaksin secepat mungkin," katanya.



Pelajar Politeknik Temasek, Encik Chase Lim 24 tahun, berkata beliau akan mula tempoh bekerja sambil belajar tidak lama lagi dan ingin divaksin supaya boleh bekerja di pejabat dengan selamat.



Tambahnya, semua temannya dari politeknik sudah membuat janji temu untuk menerima vaksin.



Encik Chan menambah menerusi posnya bahawa beliau berbesar hati kerana warga Singapura memahami keperluan untuk mengutamakan pelajar dalam usaha vaksinasi nasional ini.



"Kami akan terus mendekati pelajar dan keluarga yang memerlukan lebih banyak bantuan untuk mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin ini," katanya.




"Kami berharap dengan keupayaan yang bertambah ini kami dapat memberikan vaksinasi kepada semua pelajar yang layak untuk divaksinasi. Kepada ibu bapa, kami berharap anda tidak teragak-agak untuk menempah slot untuk anak-anak anda supaya kita dapat pastikan anak anda, institusi kita dan juga semua di Singapura selamat."
- Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman menerusi satu video yang dimuatnaik di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >