Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

90 pesakit barah buah dada mungkin terima 'rawatan tidak perlu' di KTPH ekoran hasil ujian salah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

90 pesakit barah buah dada mungkin terima 'rawatan tidak perlu' di KTPH ekoran hasil ujian salah

Dec 11, 2020 | 07:34 PM

SATU ujian untuk pesakit barah buah dada, yang menentukan pilihan rawatan mereka, telah menghasilkan keputusan positif tidak tepat di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH), mengakibatkan sekitar 90 pesakit menerima rawatan tidak diperlukan sejak 2012.

Kesan sampingan daripada rawatan itu yang mungkin dialami pesakit terjejas termasuk masalah jantung, cirit-birit, kesejukan dan demam.

KTPH pada Jumaat (11 Dis) berkata ia menganggarkan 180 pesakit mungkin mendapat keputusan ujian yang salah, lapor The Straits Times.

Siasatan awal menunjukkan proses pewarnaan yang tidak betul bagi ujian HER2 sebagai penyebabnya.

Ujian HER2 digunakan untuk menentukan betapa agresif barah buah dada itu supaya pengamal perubatan dapat memberikan rawatan yang tepat kepada pesakit.

Sejak masalah dengan ujian itu dikesan, KTPH berkata ia telah mengenal pasti semua pesakit yang terjejas dan sampel mereka sejak 2012 telah dihantar ke makmal luar untuk mempercepat pengujian semula.

Sedang beberapa keputusan ujian semula itu diterima, hospital telah mula menghubungi pesakit dan ahli onkologi yang merawat mereka untuk memberi sokongan.

Proses menghubungi pesakit itu masih berterusan.

Untuk memastikan keselamatan pesakit, hospital itu telah menghentikan ujian HER2 di makmalnya.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3