Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

90 tindak balas buruk disyaki lepas ambil vaksin Sinovac, 5 kes serius

HSA: Jumlah itu kurang 0.1% daripada 168,439 dos vaksin tersebut yang telah diberi di S'pura hingga 31 Ogos
Sep 17, 2021 | 05:30 AM



PIHAK berkuasa Singapura menerima 90 laporan tindak balas buruk yang disyaki selepas menerima vaksin Sinovac-CoronaVac, termasuk lima kes serius, hingga 31 Ogos.



Dengan 168,439 dos vaksin itu diberi dalam tempoh tersebut, ia bermakna 0.053 peratus adalah bagi kes disyaki dan sekitar 0.003 peratus merupakan kes serius.



Dalam kemas kini panduan keselamatan mengenai vaksin Covid-19 yang kelimanya, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) juga berkata 8,716,085 dos Pfizer-BioNTech dan Moderna telah diberi di bawah program vaksinasi nasional hingga 31 Ogos.



Sejumlah 11,737 atau - 0.13 peratus - kes tindak balas buruk disyaki dilaporkan.



Daripada jumlah itu, 498 laporan, atau 0.006 peratus, digolongkan sebagai kejadian serius.



Gejala paling lazim yang dilaporkan sejajar dengan gejala yang didapati berlaku selepas vaksinasi.



Ini termasuk pening kepala, sesak nafas, sakit dada, degupan jantung pantas, tindak balas di tempat suntikan seperti bengkak atau sakit, demam dan tindak balas alahan seperti ruam atau bengkak di kelopak mata, muka dan bibir.



Menuru HSA, gejala-gejala ini lazimnya berakhir dalam masa beberapa hari.



Dalam kalangan kes serius, gejala paling banyak dilaporkan ialah anafilaksis (keadaan hiperpeka pada suntikan mengandungi protein asing) dan tindak balas alahan teruk lain.



Gejala paling banyak berlaku dalam kalangan mereka yang berusia antara 12 tahun dengan 18 tahun termasuk ruam, gatal-gatal, bengkak di kelopak mata, muka dan bibir, sakit dada, sesak nafas, demam dan pening, menurut HSA.



Kejadian pengsan dan pitam sementara waktu turut dilaporkan, khususnya bagi kumpulan usia itu.



Bagaimanapun, HSA menarik perhatian umumnya ia dicetuskan oleh kegelisahan dan takut terhadap sakit semasa proses vaksinasi, dan bukan kerana vaksin itu sendiri.



Kadar mereka berusia 12 tahun hingga 18 tahun yang pengsan sama dengan laporan di luar negara.



Anafilaksis, sejenis tindak balas alahan yang boleh membawa maut, yang jarang berlaku, turut dikaitkan dengan vaksin Covid-19.



"Ia adakah tindak balas yang diketahui berkaitan vaksin secara umum," ujar HSA sambil menambah bahawa kadar kejadian anafilaksis di Singapura sama dengan di luar negara.



Sementara itu, kes berkaitan Bell's Palsy, yang merujuk kepada otot muka lemah disebabkan keradangan saraf muka, turut diperhatikan.



Umumnya, pesakit pulih sepenuhnya tanpa sebarang rawatan.



Berdasarkan data terkini, manfaat vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna Covid-19 terus melebihi risiko yang diketahui dalam sesuatu pandemik, kata HSA.



Agensi itu menambah bahawa ia akan terus memantau secara aktif profil keselamatan vaksin dan tindakan pengawalan relevan akan diambil bagi melindungi kesihatan awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >