BELANJAWAN 2016: SOKONGAN KELUARGA
$900 dari Medisave boleh dipakai biaya kos sebelum bersalin
Mar 25, 2016 | 05:30 AM
PEMERINTAH akan membantu ibu bapa mengurangkan kos mendapatkan cahaya mata.
Menteri Kewangan Heng Swee Keat semalam mengumumkan bahawa ibu bapa kini boleh menggunakan sehingga $900 daripada akaun Medisave mereka untuk membiayai kos perubatan sebelum bersalin.