Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayaran JSS $900 juta akan diagih bagi menyokong pendapatan lebih 570,000 pekerja mulai 30 September

JSS
Sep 21, 2021 | 03:40 PM



LEBIH 43,900 majikan akan menerima ganjaran Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) berjumlah lebih $900 juta mulai 30 September bagi menyokong pendapatan lebih 570,000 pekerja tempatan.



Dengan bantuan kewangan itu, lebih $27.6 bilion sokongan JSS telah diagihkan sejak pengenalan skim tersebut pada Belanjawan Perpaduan pada Februari 2020, kata Kementerian Kewangan (MOF) dan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) dalam kenyataan bersama pada Selasa (21 September).



Majikan yang telah membuat sumbangan CPF wajib buat pekerja tempatan mereka antara April dengan Julai 2021 menjelang tarikh akhir yang tertera layak menerima bayaran balik tersebut.



Bayaran September akan meliputi pendapatan dari April hingga Julai 2021 serta melibatkan bayaran balik JSS yang dipertingkat dalam tempoh fasa kedua dan ketiga (kewaspadaan dipertingkat) pada Julai dan Ogos.



Liputan bayaran empat bulan itu lebih tinggi daripada liputan tiga bulan biasa bagi menyediakan sokongan aliran tunai kepada firma yang terjejas oleh krisis berpanjangan itu, kata MOF dan Iras.



Bayaran bagi pendapatan yang dilunaskan selepas 31 Julai akan diagihkan pada Disember 2021.



Majikan yang layak akan dimaklumkan menerusi kiriman surat tentang jumlah bayaran hujung bulan ini. Mereka juga boleh daftar masuk ke dalam gerbang myTax untuk menyemak salinan elektronik surat mereka itu.



Majikan yang sudah berdaftar bagi kaedah bayaran PayNow Corporate sehingga 24 September 2021 atau mempunyai urusan Giro yang sedia ada bersama Iras boleh menjangkakan bayaran JSS mulai 30 September. Majikan lain akan menerima cek mereka mulai 15 Oktober.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >