900,000 isi rumah HDB terima baucar GST bulan ini, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

900,000 isi rumah HDB terima baucar GST bulan ini

Jul 02, 2018 | 06:48 PM

SEKITAR 900,000 isi rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura akan menerima baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Rebat Utilities-Save (U-Save), bulan ini.

Isi rumah flat satu dan dua bilik HDB akan menerima $95 manakala mereka yang tinggal di flat tiga bilik akan menerima $85.

Penduduk flat empat bilik akan menerima $75 manakala penghuni flat lima bilik menerima $65 dan $55 pula diberi kepada pemilik flat eksekutif atau berbilang generasi.

Penghuni isi rumah yang memiliki lebih daripada satu hartanah tidak layak menerima baucar GST.

Demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Rebat tersebut, yang diberi setiap tiga bulan, merangkumi satu daripada tiga komponen di bawah skim tetap Baucar GST dan bertujuan mengurangkan belanja rumah. 

Rebat U-Save membantu isi rumah HDB mengimbangi sebahagian daripada bil utiliti mereka, dan berfungsi untuk menurunkan perbelanjaan isi rumah secara keseluruhan. 

Ia diedarkan setiap tiga bulan.
 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map