Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

900,000 keluarga terima rebat utiliti bulan ini

Jan 02, 2019 | 04:16 PM



SEKITAR 900,000 keluarga warga Singapura yang menetap di flat HDB akan menerima baucar bagi mengimbangi sebahagian bil utiliti mereka bulan ini.



Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini (2 Jan) berkata isi rumah ini akan menerima Rebat Jimat Perbekalan (U-Save) sehingga $100 suku ini, atau sehingga $390 setahun, bergantung kepada jenis flat HDB mereka.



U-Save adalah salah satu daripada tiga komponen di bawah skim baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap, yang bertujuan membantu mengurangkan perbelanjaan keluarga.



Ia diagihkan setiap tiga bulan.



Diumumkan dalam Belanjawan 2018 bahawa keluarga yang layak akan menerima tambahan $20 setahun (atau $5 setiap suku tahun) bagi tiga tahun mulai tahun ini.



Bagi suku pertama ini, keluarga dalam flat satu dan dua bilik akan menerima $100 dan mereka dalam flat tiga bilik akan menerima $90, makanala keluarga yang menetap dalam flat empat bilik akan mendapat $80, kata kementerian itu.



Keluarga yang menetap dalam flat lima bilik akan menerima $70, dan keluarga dalam flat eksekutif atau berbilang generasi akan mendapat $60.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >