Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

93% pekerja dapat gaji penuh, pampasan lepas tuntut tak dibayar majikan

Oct 19, 2021 | 05:30 AM



PEKERJA membuat tuntutan gaji yang belum dibayar daripada majikan mereka atau diberhentikan tanpa alasan munasabah antara April tahun lalu dengan Mac tahun ini mendapat $13 juta dari majikan mereka.



Sekitar 93 peratus, atau 4,556 pekerja, yang membuat tuntutan mendapat gaji penuh mereka atau pampasan daripada majikan. Kes-kes itu dihuraikan di Pakatan Tiga Pihak Bagi Pengurusan Pertikaian (TADM) dan Tribunal Tuntutan Pekerjaan.



Ia didedahkan Tripartite Alliance Limited (TAL) dalam laporan kewangan tahunannya berakhir 31 Mac lalu.



Pekerja yang membuat aduan diberhentikan tanpa alasan munasabah perlu menjalani khidmat perantaraan bersama majikan mereka di TADM. Jika rundingan itu tidak berjaya, mereka dirujuk ke Tribunal Tuntutan Pekerjaan.



Dalam tahun kewangan lalu, TADM mendapat semula gaji sebanyak $16 juta yang belum dibayar kepada pekerja di Singapura. Daripada jumlah itu, 91 peratus pekerja berjaya mendapat semula gaji mereka sepenuhnya.



TAL dibentuk Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) pada 2016. Ia memantau TADM, Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (Tafep) dan Majlis Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja.



TAL menyatakan ia telah mengubah cara ia mendekati pekerja dan majikan semasa pandemik ini. Misalnya, ia mengendalikan khidmat nasihat dan perantaraan melalui wadah elektronik atau telefon, yang membantu sekitar 18,000 pekerja, majikan dan orang bekerja sendiri.



April lalu, MOM meningkatkan Dana Pelepasan Jangka Pendek yang menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja tempatan bergaji rendah yang tidak dibayar gaji oleh majikan mereka disebabkan kegagalan perniagaan.



Bantuan itu ditingkatkan kepada hingga gaji dua bulan dengan had $4,600, daripada gaji sebulan dengan had $1,000 sebelum ini.



Inisiatif itu merangkumi separuh jumlah tenaga kerja, daripada 20 peratus sebelum peningkatan tersebut. Tafep juga membantu majikan yang perlu memberhentikan pekerja. Ia membantu dalam pertikaian berkaitan faedah pampasan.



Jumlah aduan, pertanyaan dan maklum balas yang diurus unit itu berganda tahun kewangan lalu, berbanding tempoh sebelumnya. Lebih ramai majikan juga melaksana piawaian tiga pihak bagi aturan kerja fleksibel selepas Geran Kerja-Kehidupan Ditingkatkan.



Geran itu memberi syarikat layak $2,000 bagi setiap pekerja tempatan dalam aturan kerja fleksibel setahun dan $3,500 bagi setiap karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) tempatan dan sepenuh masa dalam aturan perkongsian kerja, bergantung ada had yang ditetapkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >