Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN GCE ‘A’

93.6% peroleh sekurang-kurangnya 3 kelulusan, keputusan terbaik sejak 2006

Feb 20, 2021 | 05:30 AM



DALAM keadaan pandemik Covid-19 tahun lalu, kohort pelajar yang menduduki peperiksaan GCE peringkat 'A' masih mampu mencatatkan kadar kelulusan terbaik sejak kurikulum maktab rendah disemak pada 2006.



Daripada 11,646 pelajar yang menduduki peperiksaan nasional itu tahun lalu, 93.6 peratus berjaya meraih sekurang-kurangnya tiga kelulusan H2, dengan kelulusan dalam Kertas Am (GP) atau Pengetahuan dan Inkuiri (KI).



Demikian menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) semalam.



Ini merupakan kenaikan sedikit daripada 93.4 peratus yang diraih kohort sebelumnya.



Para pelajar yang telah kembali ke sekolah masing-masing untuk mendapatkan keputusan mereka telah melakukan demikian dengan mengikut langkah pengurusan selamat yang disediakan.



Kesemua calon juga boleh mengakses keputusan mereka secara dalam talian menerusi laman SEAB.



Pelajar yang berminat untuk membuat permohonan bagi kemasukan atau mendapatkan biasiswa bagi Universiti Berautonomi (AU) digalak untuk menyerahkan surat permohonan mereka dalam talian.



Kesemua calon sekolah yang memohon untuk memasuki AU dalam talian tidak perlu menyerahkan salinan fizikal sijil peperiksaan GCE 'A' mereka.



Sementara itu, lulusan GCE peringkat 'A' yang layak dan ingin melanjutkan pelajaran mereka ke politeknik boleh meraih manfaat daripada pengecualian modul dalam 120 kursus.



Ini akan mengurangkan masa yang diambil bagi mereka untuk meraih diploma daripada politeknik sehingga setahun.



Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan secara langsung ke politeknik pada pertengahan bulan Ogos bagi kemasukan kelas pada Oktober tahun ini.



Pelajar yang memerlukan bimbingan bagi pilihan pendidikan mereka boleh mendapatkan bantuan guru atau kaunselor Bimbingan Kerjaya Pendidikan (ECG).



Pelajar juga boleh melungsuri portal MySkillsFuture untuk mengetahui pilihan pendidikan, laluan kerjaya dan kursus yang sesuai dengan kekuatan, minat dan keupayaan mereka.




"Kepada pelajar yang mendapat keputusan peringkat 'A' hari ini (semalam), tahniah kerana tamat melalui 12 tahun perjalanan pendidikan anda! Ia lebih bermakna memandangkan anda terpaksa menghadapi pemutus litar tahun lalu dan langkah jarak selamat baru di sekolah. Apa pun keputusan anda, luangkan sedikit masa untuk meraikan pembangunan dan pembelajaran anda. Ramai di antara anda akan memikirkan langkah seterusnya dan pilihan yang diperlu diambil. Bincanglah dengan ibu bapa, guru dan rakan anda, dapatkan maklumat lanjut mengenai pilihan anda, pertimbangkan kekuatan anda dan apa yang anda gemari. Apa yang lebih penting adalah pemikiran belajar sepanjang hidup - tidak ada titik akhir, hanya proses seumur hidup untuk menjadi insan lebih baik yang dapat menyumbang dengan cara anda sendiri."
- Menteri Pendidikan Encik Lawrence Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >