$9.3j lenyap dalam 534 kes penipuan di Singapura, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

$9.3j lenyap dalam 534 kes penipuan di Singapura

Apr 11, 2021 | 05:30 AM

PASUKAN Polis Singapura telah menahan seramai 207 lelaki dan 122 wanita, berusia antara 16 dengan 80 tahun, menyusuli satu operasi penguatkuasaan selama dua minggu.

Mereka kini sedang membantu dalam siasatan polis kerana disyaki terlibat dalam penipuan sama ada sebagai pelaku yang menipu atau sebagai 'keldai wang' (money mule).

Dalam satu kenyataan semalam, polis menyatakan pegawainya yang terlibat dalam operasi itu merangkumi pegawai Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan tujuh divisyen darat polis.

Operasi itu dijalankan antara 27 Mac dengan 9 April lalu.

Suspek dipercayai terlibat dalam 534 kes penipuan, kebanyakannya merupakan penipuan cinta Internet, penipuan e-dagang, penipuan penyamaran pegawai dari China, penipuan pelaburan, penipuan wadah perjudian palsu dan penipuan pinjaman, dengan mangsa dilaporkan kehilangan lebih $9.3 juta.

Discover Malay Home Based Businesses

Suspek juga disiasat atas kesalahan menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan khidmat pinjaman tanpa lesen.

Kesalahan menipu boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Sementara kesalahan pengubahan wang haram membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda hingga $500,000, atau kededuanya.

Kesalahan perniagaan menyediakan sebarang khidmat pembayaran tanpa lesen di Singapura akan dikenakan denda $125,000 atau hukuman penjara tidak lebih dari tiga tahun, atau kededuanya.

"Polis memandang serius terhadap mereka yang terlibat dalam penipuan, dengan pelaku akan dikenakan tindakan sesuai dengan undang-undang," kata kenyataan polis itu.

"Demi mengelakkan diri daripada bersubahat dalam perbuatan jenayah, orang ramai mesti menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian telefon mereka kerana mereka akan dipertanggungjawabkan jika ia ada kaitan dengan urusan jenayah atau haram."

Orang awam boleh melayari www.scamalert.sg or hubungi talian antipenipuan 1800-722-6688 untuk maklumat lanjut.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map