94% pekerja gaji rendah akan nikmati gaji lebih tinggi di bawah pendekatan Gaji Progresif diperluas, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN: PERTINGKAT PEKERJA BERGAJI RENDAH

94% pekerja gaji rendah akan nikmati gaji lebih tinggi di bawah pendekatan Gaji Progresif diperluas

Aug 31, 2021 | 05:30 AM

SERAMAI sembilan daripada 10 pekerja bergaji rendah di sini akan menikmati gaji yang lebih tinggi menerusi satu pendekatan di bawah skim Model Gaji Progresif (PWM) yang diperluaskan serta satu skim pengiktirafan baru.

Sebelum ini, hanya satu daripada 10 pekerja bergaji rendah yang menikmati faedah PWM itu di bawah skim tersebut.

Skim yang diperluaskan ini akan antara lain melibatkan tiga sektor baru iaitu pembersihan, keselamatan dan landskap.

Dengan pendekatan baru ini, 82 peratus pekerja bergaji rendah, atau sekitar 234,000 pekerja, akan menikmati kenaikan taraf.

Perluasan skim ini juga akan turut merangkumi pekerja dalaman (in-house), memperkenal Gaji Progresif Pekerjaan bagi pekerja pentadbiran dan pemandu serta memperluas skim Gaji Kelayakan Setempat (LQS).

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Demikian antara 18 saranan yang dibentangkan oleh Kumpulan Kerja Tiga Pihak mengenai Pekerja Bergaji Rendah (TWG-LWW) yang dipengerusikan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.

Semasa Rapat Hari Kebangsaan kelmarin, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa pemerintah telah menerima saranan daripada kumpulan kerja yang dibentuk pada Oktober tahun lalu, untuk meninjau langkah meningkatkan gaji dan kesejahteraan pekerja bergaji rendah itu.

Dengan satu skim pengiktirafan Tanda Gaji Progresif (PW Mark) yang diusul diperkenal untuk menggalak majikan membayar gaji progresif serta daya pasaran, Encik Zaqy berkata secara keseluruhan 94 peratus pekerja bergaji rendah dijangka dapat dipertingkat.

Pekerja bergaji rendah itu merupakan golongan pekerja sepenuh masa warga dan penduduk tetap (PR) Singapura, yang menerima gaji pada atau bawah tahap gaji persentil ke-20 tenaga kerja tempatan, atau B20.

Menerusi satu kenyataan semalam, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata pemerintah akan bekerjasama dengan rakan kerja perikatan tiga pihak untuk melaksanakan saranan tersebut.

Dalam satu sidang media, Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng berkata saranan kumpulan kerja itu akan memperkukuh pendekatan PWM dan jumlah pekerja yang dapat memanfaatkannya, untuk meningkatkan lagi gaji, kemahiran, daya penghasilan dan kesejahteraan mereka.

"Kumpulan kerja ini telah mempertimbang dengan teliti bagaimana institusi tiga pihak boleh meneruskan usaha meningkatkan pendapatan pekerja bergaji rendah, serta peranan masyarakat, dengan melibatkan sama pihak perusahaan dan pengguna.

"Mereka telah mengusulkan rancangan bagi dekad ini, yang akan memperkukuh dan memperbaharui kompak sosial kita serta membina ekonomi dan masyarakat yang inklusif," ujarnya.

Encik Zaqy berkata kumpulan kerja itu telah mendekati secara meluas dan mendapatkan pandangan daripada lebih 1,800 orang - termasuk pemimpin kesatuan sekerja, pemimpin perniagaan, ahli akademik, karyawan sumber manusia (HR) dan pekerja bergaji rendah sepanjang 10 bulan lalu.

"Visi kami selama ini adalah untuk membina masyarakat yang adil, dengan hasil kemajuan dapat dirasakan semua orang.

"Kita telah mencapai kemajuan yang baik sejauh ini dan kita harus terus memastikan pekerja bergaji rendah dapat bangkit lebih kukuh dengan seluruh Singapura apabila kita bangkit daripada pandemik Covid-19 ini," ujar Encik Zaqy.

Langkah yang disarankan kumpulan kerja itu akan dilaksana mulai tahun depan, dengan PWM diperluas kepada sektor runcit mulai 1 September 2022 sementara khidmat makanan serta pengurusan sisa mulai 1 Mac 2023.

PWM bagi sektor pembersihan, keselamatan dan landskap akan turut merangkumi pekerja dalaman (in-house) mulai 1 September 2022 manakala Gaji Progresif Pekerjaan akan diperkenal bagi pekerja pentadbiran dan pemandu mulai 1 Mac 2023.

Sementara itu, syarikat yang menggajikan pekerja asing dikehendaki membayar semua pekerja setempat mereka sekurang-kurangnya LQS sebanyak $1,400 sebulan mulai 1 September 2022.

Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo yang juga antara penasihat TWG-LWW berkata LQS boleh dianggap sebagai gaji dasar bagi pekerja gaji rendah.

Katanya lagi, pelaksanaan PWM dalam pelbagai sektor akan mengambil masa sedang ia melibatkan usaha membangun tangga kemahiran dan memadankannya dengan tangga gaji.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map