Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN TENAGA MANUSIA

950 majikan didapati tidak bayar gaji pekerja asing, naikkan gaji tanpa niat mahu bayar

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 950 majikan didapati tidak membayar pekerja asing mereka gaji bulanan tetap berkontrak atau meningkatkan gaji tanpa niat untuk membayar mereka jumlah yang diisytiharkan di antara 2015 dengan 2019.



Kes-kes ini melibatkan kira-kira 1,400 pekerja asing, kata Menteri Kedua Tenaga Manusia, Encik Tan See Leng.



Beliau memberi perangkaan itu bagi menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, mengenai perangkaan jumlah pekerja asing yang dibayar lebih kurang daripada yang dijanjikan serta butiran tentang pemulangan gaji yang dibuat.



Dr Tan berkata bahawa penalti yang dikenakan ke atas kesalahan membayar gaji yang berkurangan daripada dijanjikan, mengambil kira sejauh mana serius kesalahan dilakukan.



"Sebarang bentuk eksploitasi adalah tidak adil untuk pekerja asing dan tidak boleh diterima. Bagi mereka yang membayar gaji berkurangan, kami akan mendapatkan majikan supaya memulangkan gaji sepenuhnya yang dihutang kepada pekerja asing.



"Sebahagian besar telah mendapatkan semula gaji mereka sepenuhnya. Bagi majikan yang cuai, Kementerian Tenaga Manysia (MOM) akan mengambil tindakan pelaksanaan lebih lanjut... Pembayaran gaji yang berkurangan daripada dijanjikan kepada sebarang pekerja, asing atau setempat tidak boleh diterima," tekan Dr Tan.



Berhubung saranan Encik Pritam untuk memerlukan majikan yang melanggar peraturan unruk membayar pekerja asing penalti yang bernilai enam bulan daripada gaji mereka bagi setiap kali gaji mereka dibayar berkurangan, Dr Tan berkata MOM sudah menghendaki majikan supaya membuat pemulangan sepenuhnya gaji yang dihutang kepada pekerja dan membayar denda atau dipenjara, jika didakwa.



"Kami akan memudahkan pemindahan pekerja yang terjejas yang mahu terus bekerja di Singapura kepada majikan baru. Ini akan memberikan keyakinan kepada pekerja bahawa mereka akan terus berada di Singapura untuk meraih pendapatan apabila mereka membuat laporan tentang majikan mereka kerana tidak membayar gaji yang penuh.



"Justeru, tidak perlu untuk menghendaki majikan membayar pekerja jumlah yang menjangkaui nilai yang dihutang itu," terang beliau.



Satu cara untuk mengurangkan berlakunya kejadian seperti ini ialah e-pembayaran. Sehingga Januari lalu, lebih 97 peratus majikan membayar pekerja asing mereka yang menetap di dormitori secara elektronik, jelas Dr Tan.



Beliau juga menjawab keprihatinan Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) dan Encik Leon Perera (GRC Aljunied) mengenai proses pengambilan pekerja, termasuk iklan pekerjaan, yuran dibayar pekerja asing dan kemungkinan menubuhkan saluran pengambilan pekerja secara langsung.



Dr Tan berkata undang-undang negara membataskan yuran pengambilan bekerja dikenakan pekerja asing oleh Agensi Pengambilan Kerja (EA) pada sebulan gaji mereka bagi setiap tahun kontrak, dibataskan pada dua bulan.



EA juga harus memulangkan semula 50 peratus daripada yuran itu jika kontrak dihentikan dalam masa enam bulan.



Dalam pada itu, MOM akan menyelaras tuntutan bagi pemegang Pas Tanggungan (DP) yang ingin bekerja di Singapura dengan tuntutan bagi pekerja asing lain yang bekerja di sini.



Mulai 1 Mei, kesemua pemegang DP yang ingin bekerja semasa menetap di sini memerlukan pas kerja relevan, seperti Pas Pekerjaan (EP) dan bukan Surat Kebenaran, seperti sebelum ini - kecuali mereka adalah pemilik perniagaan yang memenuhi kriteria khusus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >