Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9,500 flat BTO akan ditawar di pelbagai lokasi bulan depan

Penuhi keperluan, bajet warga S'pura yang pelbagai: HDB
Oct 29, 2022 | 05:30 AM



BAGI memenuhi keperluan dan bajet warga Singapura yang pelbagai, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menawarkan pelbagai jenis flat di lokasi yang berbeza dalam penjualan akan datangnya, kata HDB dalam kenyataannya semalam.



Sekitar 9,500 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di bandar atau estet seperti Bukit Batok, Kallang Whampoa, Queenstown, Tengah dan Yishun akan ditawarkan mulai bulan depan.



Pada Februari depan, HDB pula akan menawarkan sekitar 2,900 hingga 3,900 flat BTO di bandar atau estet seperti Kallang Whampoa, Queenstown dan Tengah.



HDB menyatakan pihaknya akan melancarkan sehingga 23,000 flat BTO tahun depan dan bersedia melancarkan sehingga 100,000 flat secara keseluruhan mulai tahun lalu hingga 2025, bergantung kepada permintaan.



"Bagi memenuhi keperluan dan bajet perumahan yang berbeza bagi warga Singapura, HDB akan menawarkan pelbagai jenis flat di lokasi berbeza dalam jualan akan datang," kata kenyataan itu.



HDB menambah bahawa angka-angka tersebut mungkin berubah memandangkan lebih banyak butiran projek yang akan ditentukan menjelang tarikh pelancaran.



Dalam pada itu, HDB menyatakan harga flat jualan semula meningkat bagi suku ke-10 berturut-turut tetapi rentak kenaikannya mula perlahan di sebalik inflasi dan kadar faedah yang meningkat.



Harga flat jualan semula meningkat 2.6 peratus pada suku ketiga tahun ini, berbanding 2.8 peratus pada suku kedua, menurut data rasmi yang dikeluarkan HDB semalam.



Jumlah jual beli flat jualan semula meningkat 10.7 peratus daripada 6,819 pada suku kedua tahun ini kepada 7,546 pada suku ketiga tahun ini.



Berbanding suku ketiga tahun lalu, transaksi jualan semula pada suku ketiga tahun ini adalah 10.5 peratus lebih rendah.



Mengulas, ketua penyelidikan dan perundingan ERA Realty, Encik Nicholas Mak, berkata kajian yang dilakukan pihaknya menunjukkan bahawa peningkatan harga jualan semula flat HDB pada suku ketiga tahun ini didorong oleh kenaikan harga bagi flat-flat lebih besar.



"Harga median bagi flat-flat eksekutif yang merupakan jenis terbesar flat awam meningkat 4 peratus pada suku ketiga berbanding suku kedua tahun ini, sedangkan harga median flat tiga bilik hanya meningkat 0.5 peratus pada tempoh yang sama," katanya.



Namun pasaran jualan semula tampak mula perlahan meskipun transaksi jualan semula meningkat 10.7 peratus pada suku ketiga tahun ini berbanding suku kedua, kepada 7,546 flat, katanya lagi.



"Ini boleh dilihat daripada kurangnya jumlah jualan semula pada Januari hingga September tahun ini.



"Pada sembilan bulan pertama tahun ini, sejumlah 21,299 flat jualan semula bertukar tangan, lebih rendah daripada 23,077 flat jualan semula yang dijual pada sembilan bulan pertama tahun lalu," ujarnya lagi.



Sementara itu, bilangan permohonan yang diluluskan untuk menyewakan flat HDB susut 12 peratus daripada 9,309 dalam suku kedua tahun ini kepada 8,192 dalam suku ketiga tahun ini.



Berbanding suku ketiga tahun lalu, bilangan permohonan yang diluluskan dalam suku ketiga tahun ini adalah 21.4 peratus lebih rendah.



Sehingga suku ketiga tahun ini, terdapat 56,372 flat HDB yang disewakan, kenaikan 0.6 peratus berbanding suku sebelumnya dengan 56,014 unit.



Ketua Penyelidikan dan Kandungan PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying, berkata sesetengah pemilik flat mungkin memilih untuk menyewakan flat-flat HDB mereka sedang harga sewa flat HDB terus kukuh di sebalik permintaan sewa yang tinggi.



"Kemungkinan pasaran sewa flat HDB akan meningkat pada masa akan datang sedang mereka yang terjejas dek tempoh menunggu selama 15 bulan, mungkin ingin menyewa sebagai langkah sementara. Ini selain golongan penghuni HDB yang membeli rumah lebih besar dan telah menjual flat mereka dahulu sebelum membeli rumah privet - bagi mengelak daripada membayar Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD)," katanya.




Laporan lanjut: Pengamat ramal harga hartanah susut suku terakhir tahun ini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >