Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

95,000 terima bantuan kewangan Geran Sokongan Covid-19: Masagos

crg
Dec 29, 2020 | 04:43 PM



SEKITAR 95,000 warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) Singapura telah menerima bantuan kewangan menerusi Geran Sokongan Covid-19 (CSG) termasuk mereka yang berjaya memohon bantuan bagi peruntukan kedua.



Butiran terkini itu diberikan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di laman Facebook pada Selasa (29 Disember).



CSG menyediakan peruntukan sehingga $800 sebulan bagi tempoh tiga bulan kepada pekerja sepenuh masa atau sambilan yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji bukan atas permintaan mereka atau kehilangan sebahagian besar pendapatan kerana pandemik Covid-19 ini.



Ia juga menyediakan $500 sebulan bagi tempoh tiga bulan buat mereka yang mengalami sekurang-kurangnya 30 peratus pendapatan yang dikurangkan bagi tempoh tiga bulan. 



Encik Masagos, bagaimanapun, tidak menjelaskan jumlah yang diagihkan tetapi pada Oktober lalu, akhbar The Straits Times melaporkan sekitar $418 juta disampaikan menerusi CSG kepada lebih 83,000 penduduk.



Dalam lampiran posnya, Encik Masagos berkata, mereka yang layak dan memerlukan bantuan masih boleh memohon kepada CSG sehingga 6 petang, Khamis (31 Disember). Permohonan boleh dibuat menerusi laman beralamat https://msf-csg.gov.sg/preinstruction/csg dengan menggunakan SingPass dan dokumen yang menyokong.



Encik Masagos juga akur dengan impak berterusan pandemik ini terhadap ekonomi sesetengah warga Singapura dengan negara ini memasuki Fasa 3 pembukaan semula ekonominya.



Menurutnya lagi, Geran Pemulihan Covid-19 (CRG) akan mengurangkan kesan dengan tertutupnya permohonan beberapa skim bantuan kewangan lain hujung tahun ini seperti Skim Bantuan Pendapatan Individu Yang Bekerja Sendiri dan CSG. 



CRG menyokong warga Singapura dan PR berpendapatan rendah hingga tahap pertengahan yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji bukan atas permintaan mereka atau mengalami kehilangan pendapatan serta kurang mendapat sokongan keluarga dan kewangan.



"CSG dan CRG adalah sebahagian daripada langkah pemerintah yang membantu warga Singapura menempuhi badai, dan saya gembira ramai individu, kumpulan dan pertubuhan juga mempertingkatkan usaha membantu warga Singapura menerusi pelbagai skim bantuan.



"Mari kita kekal bersatu dan membantu satu sama lain dalam kita bangkit daripada krisis ini secara bersama sebagai sebuah negara," jelas Encik Masagos.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >