Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

950,000 isi rumah flat HDB akan terima rebat GST - U-Save

Apr 01, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 950,000 isi rumah yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat U-Save suku tahun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April ini, pembayaran pertama bagi tahun kewangan 2022.



Pembayaran itu, yang bertujuan untuk membantu rakyat Singapura berpendapatan rendah dan pertengahan bagi mengurangkan bil GST dan api air, akan secara keseluruhan berjumlah $720 juta bagi tahun kewangan ini, kata Kementerian Kewangan (MOF) semalam.



Rebat keseluruhan bagi setiap isi rumah yang layak akan menerima antara $440 hingga $760, bergantung pada jenis flat HDB.



Rebat akan diagihkan dalam empat peringkat iaitu pada April, Julai dan Oktober tahun ini, dan Januari 2023.



Pemerintah telah mengagihkan Baucar GST menerusi tiga komponen - wang tunai, MediSave dan U-Save untuk bil utiliti - sejak 2012.



Mulai tahun kewangan 2022, rebat bayaran perkhidmatan dan penyelenggaraan akan menjadi komponen skim ini.



Bagi tahun kewangan ini, isi rumah akan menerima dua kali ganda bayaran U-Save yang diberikan dalam bentuk rebat bagi bil api air.



Bagi mereka yang duduk di flat satu dan dua bilik, rebat yang diberikan bernilai sekitar lapan hingga 10 bulan bil api air.



Bagi mereka yang tinggal di flat tiga dan empat bilik, rebatnya ialah sekitar tiga hingga empat bulan bagi bil api air, kata MOF.



Pembayaran itu telah diumumkan pada Belanjawan 2022 pada Februari lalu dan merupakan sebahagian daripada skim Baucar GST tetap yang dipertingkat dan Pakej Sokongan Isi Rumah.



Ia juga diketahui bahawa GST akan dinaikkan sebanyak 1 mata peratusan setiap tahun sepanjang dua tahun akan datang, dari 7 peratus kepada 9 peratus.



Isi rumah dalam flat satu atau dua bilik akan menerima dua bayaran U-Save sebanyak $95 setiap satu pada bulan April, manakala mereka yang tinggal di flat tiga bilik akan menerima dua bayaran $85.



Mereka yang tinggal di flat empat bilik akan menerima dua bayaran $75 dan yang tinggal di flat lima bilik akan menerima $65 bagi setiap bayaran.



Mereka yang tinggal di unit eksekutif atau berbilang generasi pula akan menerima dua bayaran $55.



MOF berkata mereka yang tinggal lebih daripada satu hartanah kekal tidak layak di bawah skim U-Save Baucar GST.



Dalam tahun kewangan 2021, pemerintah telah mengagihkan $460 juta melalui skim itu, termasuk bayaran khas bagi menyokong isi rumah semasa pandemik Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >