Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

950,000 isi rumah flat HDB terima baucar GST

Jul 02, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 950,000 isi rumah flat HDB akan menerima bayaran suku tahun Baucar GST (GSTV) - U-Save dan GSTV - rebat operasi perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) bulan ini.



Rebat ini adalah sebahagian daripada skim GSTV yang dipertingkat dan Pakej Bantuan Keluarga Tambahan (HSP) yang diumumkan pada Belanjawan 2022.



Ia juga akan menyediakan bantuan yang berterusan dalam membantu membiayai GST dan kos perbelanjaan bagi golongan Singapura berpendapatan sederhana dan rendah.



Di bawah skim GSTV yang dipertingkat, hanya isi rumah yang layak akan menerima rebat GSTV-S&CC yang akan imbangi S&CC mereka antara 1.5 dan 3.5 bulan.



Rebatnya akan dibayar pada April, Julai, Oktober dan Januari.



Pada tahun kewangan 2022, isi rumah yang layak akan menerima jumlah U-Save yang diganda.



Jumlah ini bernilai sekitar lapan hingga 10 bulan bil api-air bagi isi rumah yang tinggal di flat HDB 1-bilik dan 2-bilik.



Bagi flat HDB 3-bilik dan 4-bilik pula, mereka akan terima jumlah U-Save bernilai sekitar empat hingga 6 bulan bil api-air mereka.



Sebanyak $720 juta akan diagihkan pada tahun kewangan tahun ini.



Keluarga akan menerima antara $440 dan $760, berdasarkan flat HDB mereka.



Antara lain, rebat GSTV- U-Save dan S&CC adalah jumlah tambahan kepada kredit $100 api-air isi rumah yang diberikan kepada semua isi rumah warga di sini.



Ini diumumkan secara berasingan pada 21 Jun 2022 di bawah pakej sokongan bernilai $1.5 bilion.



Untuk pertanyaan berkaitan GSTV - U-Save, sila hubungi SP Group di talian 6671 7117 atau e-mel customersupport@spgroup.com.sg.



Untuk maklumat lanjuk mengenai skim GSTV, sila ke laman www.gstvoucher.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >