Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

950,000 isi rumah HDB akan terima Baucar GST - rebat U-Save pada Januari

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

950,000 isi rumah HDB akan terima Baucar GST - rebat U-Save pada Januari

Jan 01, 2022 | 04:16 PM

KIRA-KIRA 950,000 isi rumah yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima baucar  cukai barangan dan perkhidmatan (GST) suku tahunan-U-Save rebat mereka pada bulan ini.
Ia merupakan kali keenam pengagihan dibuat dalam tahun fiskal semasa, bertujuan membantu keluarga berpendapatan rendah dan sederhana di tengah-tengah pandemik Covid-19.
Isi rumah yang layak seharusnya menerima tiga peringkat pengagihan suku tahunan, pada April, Julai dan Oktober tahun lepas, dengan jumlah berlainan mengikut jenis flat HDB yang mereka diami.


Mereka juga seharusnya sudah menerima dua bayaran khas, pada April dan Julai. Ini telah diumumkan oleh pemerintah dalam kenyataan Belanjawannya tahun lepas, untuk memberi lebih banyak bantuan kepada keluarga.
Keseluruhannya, empat pengagihan biasa dan dua bayaran khas itu berjumlah $460 juta, kata Kementerian Kewangan (MOF) pada Sabtu (1 Jan).
Bulan ini, mereka yang tinggal di flat satu dan dua bilik akan menerima $95. 
Mereka yang tinggal di flat tiga bilik akan mendapat $85, manakala mereka yang tinggal di flat empat bilik akan menerima $75, sementara mereka yang tinggal di flat lima bilik akan mendapat $65.


Mereka yang tinggal di flat eksekutif atau flat berbilang generasi akan menerima $55.
Isi rumah yang ada anggotanya memiliki lebih daripada satu hartanah tetap tidak layak di bawah skim baucar-U-Save GST.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3