Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

950,000 isi rumah HDB akan terima Baucar GST - U-Save

Jan 02, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 950,000 isi rumah warga Singapura yang tinggal di flat HDB akan menerima Baucar GST (GSTV) - U-Save bulan ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF) semalam.



Sebelum ini, mereka juga telah menerima Bayaran Khas berjumlah sekitar 50 peratus daripada GSTV - U-Save mereka bagi tahun kewangan 2021, yang dikreditkan kepada mereka pada April dan Julai lalu.



Secara keseluruhan, sebanyak $460 juta rebat akan diagihkan pada tahun kewangan ini menerusi skim U-Save biasa dan Bayaran Khas U-Save, yang akan membantu keluarga dengan perbelanjaan rumah mereka.



Menerusi satu kenyataan, MOF berkata Bayaran Khas U-Save itu merupakan sebahagian daripada Pakej Sokongan Isi Rumah bernilai $900 juta yang diumumkan semasa Belanjawan 2021.



Ia bertujuan memberi sokongan tambahan kepada keluarga semasa tempoh yang tidak menentu sekarang, dengan keluarga berpendapatan rendah hingga pertengahan menerima lebih banyak bantuan.



Dengan Bayaran Khas GSTV - U-Save bersama bayaran pada bulan Januari, isi rumah yang tinggal di flat HDB satu dan dua bilik secara purata menerima rebat yang setara dengan sekitar 4.5 hingga 6 bulan bil utiliti mereka bagi tahun kewangan 2021, kata MOF.



Sementara itu, isi rumah yang tinggal di flat HDB tiga dan empat bilik secara purata menerima rebat yang setara dengan sekitar 1.5 hingga 3 bulan bil utiliti mereka bagi tahun kewangan 2021.



Sebelum ini, pemerintah berkata mereka akan terus membantu pengguna menangani kos lebih tinggi menerusi pelbagai langkah bantuan sedang harga elektrik meningkat.



Antara bantuan itu ialah skim bantuan seperti rebat U-Save untuk membantu isi rumah berkaitan bil utiliti mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >