Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

97 pegawai SAF dilantik Pakar Ketenteraan Kanan

Jan 13, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 97 pegawai daripada Angkatan Bersenjata Singapura telah dilantik sebagai Pakar Ketenteraan (ME) Kanan, semalam.



Lulusan Kursus Pakar Domain Ketenteraan (MDEC) itu terdiri daripada sembilan anggota Tentera Singapura, 29 anggota Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), 15 anggota Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan 44 daripada Pasukan Perintah, Kawalan, Perhubungan, Komputer dan Risikan (C4I), kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan, semalam.



Memberi ucapannya menerusi satu rakaman kepada para lulusan kursus tersebut, Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How, menyentuh tentang betapa pentingnya peranan SAF dalam menyokongi usaha pertahanan negara daripada pelbagai ancaman serta peranan ME kanan dalam menyumbang kepada transformasi SAF.



"Singapura kekal menjadi sebuah sasaran utama bagi serangan keganasan... dengan penggunaan digital yang semakin meningkat dan cara warga Singapura berhubung semasa pandemik ini, ia membuat kami lebih terdedah kepada ancaman siber dan penyebaran maklumat salah yang berbahaya.



"Sedang kami membina SAF2040, SAF akan terus memanfaatkan teknologi baru seperti Kecerdasan Buatan (AI), robotik dan analitik data untuk memberi manfaat kepada askar kami dalam bagaimana mereka bertarung di medan perang masa depan," kata Encik Heng.



Beliau menambah, para ME Kanan itu adalah kunci dalam transformasi SAF itu dengan menyumbang kepakaran dan kemahiran mereka serta usaha berinovasi.



Disebabkan keadaan Covid-19, lulusan MDEC itu menerima pedang upacara mereka dan skrol daripada pelbagai majlis.



Kursus MDEC bertujuan melatih ME untuk menyandang jawatan di dalam SAF yang memerlukan kepakaran mendalam seperti dalam bidang kejuruteraan, perisikan, perubatan ketenteraan dan keselamatan siber.



Selepas lulus daripada kursus itu, mereka akan ditempatkan untuk menyandang jawatan kepimpinan atau staf dalam bidang-bidang profesional tertentu mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >