Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

98.4% pelajar yang mengambil PSLE berjaya melangkah ke sekolah menengah

Nov 24, 2017 | 03:41 PM



Oleh SHAHIDA SARHID



SEBANYAK 98.4 peratus yang mengambil Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini berjaya melangkah ke sekolah menengah, sama peratusannya seperti tahun lalu.



Daripada 38, 942 pelajar yang menduduki PSLE tahun ini, 38, 312 layak ke sekolah menengah, kata Kementerian Pendidikan (MOE) menerusi satu kenyataan media.



Peratusan itu juga merupakan prestasi terbaik sejak peperiksaan negara diperkenalkan pada 1960.



Sekitar 66.2 peratus layak ke aliran Ekspres, turun dari 66.4 peratus pada tahun sebelumnya.



Lagi 21.4 peratus ke aliran Normal (Akademik) - sama peratusannya seperti tahun lalu manakala 10.7 peratus ke aliran Normal (Teknikal), kenaikan daripada 10.6 peratus pada 2016.



Baki 1.6 peratus atau 630 pelajar yang tidak layak ketiga-tiga aliran dan baru mengambil PSLE buat kali pertama tahun ini boleh mengambilnya semula tahun depan.



Mereka juga boleh mendaftar bagi Sekolah Assumption Pathway (APS) atau Sekolah Northlight (NLS).



Kesemua 264 pelajar madrasah daripada kohort Darjah Satu 2012 dan menduduki PSLE tahun ini juga berjaya memenuhi tanda aras kelayakan minima PSLE.



Ini merangkumi pelajar dari ketiga-tiga madrasah - Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, Madrasah Al-Ma'rif Al-Islamiah dan Madrasah Alsagoff Al-Arabiah.



Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah yang tidak memenuhi putaran penilaian tahun 2008 hingga 2010, tidak mengambil kohort pelajar Darjah Satu pada 2012, dan justeru tidak mempunyai calon pelajar PSLE tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >