Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

98.8% murid madrasah layak ke sekolah menengah

Nov 25, 2021 | 05:30 AM



SEMUA kecuali empat murid madrasah yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini layak ke sekolah menengah.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam kenyataannya mengumumkan sebanyak 98.8 peratus, atau 348 daripada 352 murid madrasah Darjah Enam berjaya melangkah ke sekolah menengah, 0.3 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.



Secara keseluruhannya, dalam tempoh lima tahun kebelakangan, peratusan murid madrasah Darjah Enam yang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah menunjukkan trend yang stabil, tambah Muis.



Di samping itu, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah juga telah memenuhi ukur tara PSLE yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (MOE) sebelum ini, dua kali dalam tempoh tiga tahun.



Ini bererti madrasah tersebut akan dibenarkan menerima semula murid Darjah Satu.



Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen berkata:



"Meskipun tahun ini merupakan tahun yang mencabar, madrasah kami telah menunjukkan prestasi yang baik di bawah sistem pemarkahan PSLE baru.



"Kami bangga dengan tahap kerjasama dan kerja keras yang dilakukan semua orang."



Sejak Januari tahun ini, Muis dengan sokongan Kementerian Pendidikan telah membantu madrasah meningkatkan mutu pengajaran Matematik dan Sains di peringkat sekolah rendah dengan menyediakan bimbingan kepada guru-guru madrasah berkaitan pedagogi pengajaran serta teknik ujian.



Muis turut memperkenal Pusat Kecemerlangan dan Kerjasama (COEC) di mana madrasah boleh memilih untuk menawarkan program pembangunan relevan kepada madrasah lain.



Dalam kenyataannya juga, Muis berkata, ia akan melanjutkan Pakej Bantuan PSLE kepada semua murid madrasah sepenuh masa yang akan menduduki peperiksaan tersebut.



Diperkenal pada 2007, pakej itu diberikan kepada semua murid madrasah Darjah Lima dan Enam dan boleh digunakan untuk bengkel-bengkel serta kegiatan pembelajaran tambahan berkaitan PSLE.



Sebanyak $300 bagi setiap murid telah diberikan kepada 729 murid tahun ini, kata Muis.



Ia turut menyokong pembangunan guru untuk meningkatkan mutu pembelajaran di madrasah, selain menaja guru-guru yang mahu mendapatkan kelayakan pengajaran profesional dalam bidang pendidikan dan pembelajaran amali.



Di samping itu, pemerintah juga menyediakan geran sokongan latihan sebanyak $1,000 bagi setiap guru bahasa, Matematik dan Sains.



Muis kemudian memadankan peruntukan $1,000 bagi setiap guru mata pelajaran agama. - NUR FATHIN AWALLUDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >