Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

98.8% pelajar PSLE madrasah layak ke sekolah menengah

Nov 24, 2021 | 05:13 PM



SEMUA, kecuali empat pelajar madrasah, yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini layak ke sekolah menengah.

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam kenyataannya mengumumkan sebanyak 98.8 peratus, atau 348 daripada 352 pelajar madrasah darjah enam berjaya melangkah ke sekolah menengah, 0.3 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.





Di samping itu, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah juga telah memenuhi ukur tara PSLE yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (MOE) sebelum ini, sebanyak dua kali dalam tempoh tiga tahun.

Ini bererti madrasah tersebut akan dibenarkan terus menerima  pelajar darjah satu.





Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen berkata:

“Meskipun tahun ini merupakan tahun yang mencabar, madrasah kami telah menunjukkan prestasi  baik di bawah sistem pemarkahan PSLE baru.

“Kami bangga dengan tahap kerjasama dan kerja keras yang dilakukan semua orang.”

Sejak Januari tahun ini, Muis dengan sokongan MOE  membantu madrasah meningkatkan mutu pengajaran Matematik dan Sains di peringkat sekolah rendah dengan menyediakan bimbingan kepada guru madrasah berkaitan pedagogi pengajaran serta teknik ujian.



 



Muis juga memperkenal Pusat Kecemerlangan dan Kerjasama (COEC) dengan mana-mana madrasah boleh memilih untuk menawarkan program pembangunan relevan kepada madrasah lain.

Baca laporan penuh di Berita Harian esok (25 Nov).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >