Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Singapura yang hilang di hutan simpanan Kota Tinggi, Malaysia, ditemui

Sep 18, 2022 | 07:00 PM



KOTA TINGGI, JOHOR - Seorang lelaki warga Singapura berusia 33 tahun yang hilang selepas pergi mendaki di Hutan Simpanan  Panti di Johor telah ditemui, menurut media tempatan.


Pengarah Jabatan Perhutanan Johor, Encik  Salim Aman, berkata Encik Jason Ren Jie ditemui sekitar 3.15 petang Ahad (18 Sep) oleh anggota penyelamat, menurut laporan di China Press, sebuah akhbar berbahasa Cina di Malaysia.


Jabatan itu berkata lelaki itu yang dilaporkan hilang pada Sabtu (17 Sep), berjaya meninggalkan hutan simpanan itu dengan bantuan pasukan mencari dan menyelamat, dan kini berada dalam keadaan selamat.


Sebelum ini dilaporkan  Encik Ren Jie hilang di dalam hutan itu, lapor The Star.


“Kami menerima laporan pada 3.26 petang Sabtu (17 Sep) daripada seorang lelaki tempatan berhubung kes itu.


“Sepasukan anggota dari Balai Polis Batu Ampat kemudian dikerahkan ke tempat  kejadian untuk  membantu operasi mencari dan menyelamat,” kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Encik Hussin Zamora, dalam satu kenyataan pada Ahad (18 Sep).


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Perhutanan Johor turut serta dalam operasi itu.  

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >