Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Abadikan jasa Pendeta MAS

Mar 28, 2021 | 05:30 AM



JASA Allahyarham Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (gambar kanan) atau dikenali sebagai MAS terhadap bidang kajian bahasa, budaya dan sastera Melayu bakal tersemat dalam hati warga Singapura dan Nusantara buat selama-lamanya.



Hal ini demikian kerana Institut Pendidikan Nasional (NIE) Universiti Teknologi Nanyang (NTU) kini berjaya menubuhkan pameran tetap yang dinamakan Hab Kajian dan Sumber Dr Muhammad Ariff Ahmad (MAS RRH@LIBRIS) (gambar utama).



Hab tersebut mengandungi pameran pelbagai khazanah warisannya - daripada tanjak gelaran Pendeta dan piala kepada lirik lagu serta manuskrip dan buku nadir.



Di samping itu, hab berkenaan menampilkan sumber dalam talian MAS Bibliography yang menyenaraikan lebih 640 rujukan dan Himpunan Manuskrip MAS berjumlah hampir 500 naskhah yang sudah diubah menjadi bentuk digital.



Kerja awal penubuhan pameran dimulakan pada 2016.



Rabu ini, Presiden Halimah Yacob akan merasmikannya.



Tulang belakang projek MAS RRH@LIBRIS ialah Kumpulan Akademik (AG) Bahasa dan Kebudayaan Asia (ALC) NIE NTU yang diterajui pensyarah kanan Dr Sa'eda Buang dan Jawatankuasa Dana MAS.



Video pandangan pertama galeri dan wawancara bersama tokoh penting boleh ditontoni menerusi laman Facebook 'Berita Harian Singapura' dan laman beritaharian.sg/video.



LAPORAN LANJUT: NIE sanjung bakti Muhammad Ariff Ahmad




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >