Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Abang Biker' agih habuan kepada 300 famili susah

Jun 20, 2017 | 05:30 AM



KEINGINAN membuat kebajikan dalam Ramadan mendorong 23 kumpulan penunggang motosikal menawarkan diri membantu mengagihkan habuan makanan kepada golongan susah.



Dalam keadaan panas terik, seramai 97 penunggang motosikal bertolak dari Masjid Al-Ansar di Bedok untuk mengagihkan habuan kepada keluarga yang tinggal di kawasan Bedok dan Chai Chee.



Mereka antara 150 sukarelawan yang menyertai program Care to Share anjuran masjid itu.



Di bawah program itu, 300 keluarga penerima zakat mendapat habuan makanan seperti beras, minyak dan biskut Raya yang disumbang masyarakat.



Sejak sebulan sebelum Ramadan, pihak masjid telah mengumpulkan derma wang tunai dan makanan.



"Jumlah penerima habuan lebih tinggi daripada sejumlah 210 keluarga tahun lalu kerana kami mendapat lebih banyak sumbangan dan sukarelawan yang ke depan untuk menyumbang tenaga mengagihkannya,'' kata Setiausaha Lembaga Pengurusan Masjid Al-Ansar, Encik Abdul Mutaliff Din Ali.



Ketua kumpulan penunggang motosikal Yoshiko, Encik Mohammad Suhardi Umar, 33 tahun, melibatkan 10 rakannya yang turut serta mengagihkan habuan.



"Kami terbaca mengenai program itu dan mendekati masjid demi menyatakan keinginan mahu membantu.



"Kami gembira dapat menyumbang tenaga buat kali pertama dalam program masjid ini,'' kata Encik Suhardi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >