Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Abang dipenjara 11 bulan kerana cabul dua adik perempuan

Oct 18, 2016 | 07:55 AM



SEORANG lelaki berusia 22 tahun dipenjara 11 bulan pada Isnin (17 Okt) kerana mencabul dua adik perempuannya dan mencabul kehormatan adik perempuannya yang lebih muda.



Lelaki penganggur itu mengaku bersalah pada 26 Sep mencabul adik perempuannya berusia 15 tahun pada 16 Julai lalu, dan yang berusia 17 tahun pada lewat 2014, serta mendedahkan dirinya kepada adiknya yang berusia 15 tahun itu beberapa hari sebelum 16 Julai.



Nama mereka tiada boleh disiar atas arahan mahkamah.



Mahkamah diberitahu bahawa pada 8 pagi 16 Julai lalu, pelajar berusia 15 tahun itu sedang tidur apabila beliau berasa ada berulang kali menyentuh kemeja-Tnya pada bahagian buah dada kanannya.



Apabila membuka mata, beliau melihat abangnya berdiri telanjang di depannya. Beliau menjerit menyuruh dia meninggalkan biliknya.



Si abang berkata "saya minta maaf" sebelum kembali ke biliknya dan mengunci pintu.



Dia mengakui berasa terangsang apabila melihat mangsa, yang sedang tidur di atas katil.



Beberapa hari sebelum itu, beliau menanggalkan pakaiannya hingga bogel dan menyuruh mangsa menyentuhnya.



Dia beredar hanya selepas adiknya berkata dia menjijikkan dan menyuruhnya memakai pakaiannya.



Siasatan juga mendapati dia mencabuli adik perempuannya yang seorang lagi dua tahun sebelum itu semasa adiknya tidur dalam biliknya.



Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, memberitahu mahkamah dia telah melakukan banyak kesilapan dan menyesalinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >