Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENDAKWAH INDONESIA DILARANG MASUK

Abdul Somad sebar ajaran 'ekstremis dan pengasingan'

May 22, 2022 | 05:30 AM



PENDAKWAH Indonesia, Abdul Somad Batubara (gambar), yang tidak dibenarkan masuk ke Singapura dan dihantar balik ke Batam pada hari sama beliau tiba di sini Isnin lalu didapati menyebar ajaran "ekstremis dan pengasingan".



Pendiriannya yang mewajarkan kekerasan dan tindakan berbentuk pengganasan seperti pengebom nekad, di samping komennya yang memperlekeh agama lain, boleh menyebabkan perselisihan.



BOM BUNUH DIRI



Abdul Somad diketahui menyebarkan ajaran ekstremis dan pengasingan, yang tidak boleh diterima dalam masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura.



Sebagai contoh, Abdul Somad berdakwah bahawa pengeboman nekad dibolehkan dalam konteks konflik Israel-Palestin, dan dianggap sebagai operasi 'syahid'.



Dalam satu video ceramah yang disampaikannya dan dimuat naik ke YouTube pada 2017, Somad berkata bom bunuh diri yang dilakukan pejuang bom Palestin tidak boleh dikatakan bom bunuh diri atau harakah 'intihariah' kerana itu versi Barat.



Sebaliknya, ia perlu disebut sebagai gerakan 'istishadiah' atau gerakan mati syahid dan "bukan mati konyol", ujarnya.



Dia berkata demikian semasa menjawab pertanyaan jemaah tentang penyebutan istilah 'bom bunuh diri' bagi pejuang perang Palestin.



Abdul Somad mengatakan demikian berdasarkan peristiwa saat Nabi Muhammad saw terkepung ketika Perang Uhud.



Kemudian, sahabat Nabi saw mengelilinginya untuk melindungi, sementara musuh kian mendekat.



"Kemudian, salah seorang sahabat Nabi mencabut pedangnya, masuk ke tengah (lingkaran musuh).



"Dia putar pedangnya, keliling, musuhnya mati, dia (sahabat Nabi) pun mati. Itu dalil harakah istishadiah," kata Abdul Somad.



Kalau pedang digunakan pada zaman itu, dia berkata alat letupan pula digunakan zaman sekarang.



"Zaman sahabat Nabi saw pakai pedang, zaman sekarang letupkan, ledakkan, mati syahid, istishadiah. Itu dalilnya," sambungnya.



Pendakwah bebas, Ustazah Kalthom Isa, berkata undang-undang Singapura menjaga maslahat setiap bangsa dan agama dengan memastikan rakyatnya tidak melanggar etika percakapan, perbuatan dan ajaran.



Walaupun seseorang itu tidak melakukan tindakan keganasan tetapi ideologi yang dia sampaikan dengan cara berdakwah dan kata-kata juga diambil kira.



"Apa yang kita suarakan boleh jadi pegangan kita dan sebagai pemimpin atau penceramah yang punya pengikut, ramai yang akan mempercayai apa yang kita katakan," ujarnya.



Tambahnya, Rasulullah saw bersabda:



"Barangsiapa yang menunjuk kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya (HR. Muslim no 1893).



"Menunjukkan kebaikan atau kejahatan sama saja seperti dia melakukannya.



"Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."



BURUKKAN AGAMA LAIN



Selain pendiriannya mengenai pengganasan dan kekerasan itu, pendakwah Abdul Somad juga membuat komen yang memburukkan penganut agama lain, antaranya penganut agama Kristian dengan menggambarkan salib sebagai tempat kediaman "jin kafir (roh/syaitan)".



Dalam satu lagi video ceramahnya yang dimuat naik ke YouTube pada 2019, dia juga dilihat menjawab pertanyaan daripada seorang jemaah berhubung soal hukum melihat salib.



Jemaah tersebut bertanya apa sebabnya beliau rasa menggigil apabila melihat salib.



Abdul Somad berkata di dalam salib tersebut terdapat "jin kafir".



"(Itu) jin kafir sedang masuk kerana di salib itu ada jin kafir.



"Dari mana masuknya jin kafir? Kerana ada patung (Jesus)," ujarnya sampil memperagakan gaya Jesus disalib.



Setelah video ceramah Abdul Somad tersebut viral, masyarakat Kristian di Indonesia turut menyuarakan bantahan.



Perhimpunan Pemuda Gereja Indonesia (PPGI) antaranya telah membawa ceramah tersebut ke jalur hukum.



Ketua Umum PPGI, Maruli Tua Silaban, menilai bahawa ceramah tersebut memburuk-burukkan umat Kristian.



Selain itu, dia juga membuat dakwaan bahawa ISIS adalah satu organisasi yang ditubuhkan Amerika Syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >