Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Abe: Presiden Halimah contoh baik dalam usaha Jepun mencapai keseimbangan jantina

Oct 23, 2019 | 06:23 PM



TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, berkata Presiden Halimah Yacob merupakan contoh baik kerana merupakan Speaker Parlimen wanita pertama Singapura yang kemudian dilantik menjadi presiden.


Beliau membuat komen tersebut dan mengesahkan lagi komitmen beliau dalam memastikan Jepun kekal sebagai masyarakat yang membolehkan wanita boleh mencapai kejayaan, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar Jepun.


Kededua pemimpin tersebut bertemu di sidang puncak dua hala tertutup yang berlangsung selama 15 minit di Akasaka State Guest House pagi tadi.


Puan Halimah, yang kini berada di Tokyo untuk upacara pertabalan Raja Naruhito Selasa lalu, telah mengucapkan terima kasih atas kehormatan yang telah diberikan kepadanya untuk menyaksikan proklamasi itu.


Beliau telah mengucapkan takziah atas kerosakan teruk akibat Taufan Hagibis, yang telah mengorbankan lebih 80 orang awal bulan ini, dan telah memuji daya tahan warga Jepun untuk membina semula kehidupan mereka, menurut kenyataan itu lagi.


Encik Abe juga telah mengutarakan penghargaannya kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang telah memberikan ucapan takziahnya awal bulan ini.


Sementara itu, Encik Abe juga telah menyentuh tentang isu-isu dan dasar biasa antara Jepun dan Singapura dan memandang Singapura sebagai rakan kongsi yang amat berharga.


Ini termasuk visi mereka dalam membina bandar bijak, cabaran yang dihadapi dalam mempertingkat kadar kelahiran dan matlamat mereka untuk mengurangkan masalah perjudian walau dengan kasino dan resort bersepadu yang sedang dibina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >