Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Abu Bakar antara lembaga pengarah baru MPA

Feb 02, 2021 | 05:30 AM



PENGERUSI kumpulan firma simpanan 'cloud' InfoFabrica Holdings Pte Ltd, Encik Abu Bakar Mohd Nor, dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Mary Liew, antara lima anggota lembaga pengarah Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) yang baru dilantik hari ini.



Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung, secara keseluruhan telah melantik 14 anggota ke lembaga itu bagi tempoh tiga tahun hingga 1 Februari 2024.



Lembaga itu akan terus dipengerusi oleh pengerusi MPA Encik Niam Chiang Meng, dan terdiri daripada anggota dari sektor relevan seperti luar pesisir dan laut, perkapalan, kewangan dan pelaburan, teknologi, serta kesatuan sekerja, kata Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya semalam.



Selain Cik Liew dan Encik Abu Bakar, yang juga pengerusi M³@Tampines dan Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), tiga lagi anggota baru dalam lembaga itu ialah pengarah kanan (perancangan strategik) di Kementerian Pembangunan Negara (MND), Encik Jermaine Loy; penasihat korporat Temasek International, Encik Sng Seow Wah; dan pengurus besar Technology Group, IBM Asia Pasifik (APAC), Cik Patricia Yim.



Seramai enam anggota akan mengundur diri daripada Lembaga MPA mulai hari ini, termasuk pengarah serantau pembangunan perniagaan Asia Pasifik (APAC) BAE Systems Hägglunds AB, Encik Ishak Ismail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >