Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Acara berbasikal Hospital Parkway East kumpul dana $28,000 bagi golongan autisme

Nov 01, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK $28,000 berjaya dikumpul oleh Hospital Parkway East dalam satu acara mengumpul dana bagi memperkasakan golongan yang menghidap autisme.



Acara pengumpulan dana "Berbasikal untuk Autisme", yang diadakan 24 September lalu sempena ulang tahun ke-80 hospital itu, menyaksikan lebih 200 peserta berbasikal sehingga 20 kilometer melalui laluan yang membawa mereka ke kampus Pusat Autisme St. Andrew (SAC).



Dana yang dikumpul itu disalurkan bagi menyokong program SAAC yang bertujuan memperkasakan penerima untuk menjalani kehidupan yang bermakna dan bermaruah.



Turut hadir pada majlis penyampaian cek sumbangan itu di Hospital Parkway East yang terletak di 312 Joo Chiat Place semalam adalah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-undang, Encik Edwin Tong.



Beliau yang juga merupakan Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade di Joo Chiat juga telah mengambil bahagian dalam acara berbasikal itu.



Semasa lawatannya ke hospital tersebut, Encik Tong telah mengambil kesempatan untuk melawat teater operasi hospital itu yang baru sahaja diubah suai, disegarkan dan diperbaharui untuk meningkatkan penjagaan pesakit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >