Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Acara berbasikal OCBC tawar penggunaan percuma 2,000 basikal Mobike

Setempat
27
0

Acara berbasikal OCBC tawar penggunaan percuma 2,000 basikal Mobike

Jan 22, 2018 | 06:13 PM

BUAT julung-julung kalinya, acara berbasikal beramai-ramai terbesar Singapura, OCBC Cycle 2018 bekerjasama dengan syarikat perkongsian basikal Mobike untuk menawarkan penggunaan 2,000 basikal secara percuma. 
Orang ramai yang mendaftarkan diri untuk turut serta dalam acara tersebut boleh menggunakan basikal Mobike secara percuma pada 5 atau 6 Mei dan hanya perlu membuka akaun Mobike. 
Peserta juga boleh membiasakan diri dengan penggunaan basikal Mobike sebelum tarikh acara tersebut dengan menggunakan pas percuma 2018 yang boleh digunakan sehingga 31 Disember tahun ini. 
Kerjasama tersebut diumumkan semasa pelancaran rasmi fiesta berbasikal itu di Orchardgateway hari ini. 
Selain kategori kompetitif korporat baru, beberapa kerjasama baru, termasuk dengan Robinson, The Straits Times Run dan Timbuk2, turut diumumkan yang bertujuan menawarkan pengalaman yang lebih baik bagi peserta.
Dari segi usaha amal pula, inisiatif ‘Teach a Child to Cycle’ oleh OCBC, yang telah memanfaatkan 26 kanak-kanak tahun lalu, akan diperluaskan untuk memanfaatkan sekitar 50 belia berkeperluan khas tahun ini. 
Belia-belia tersebut akan diajar cara berbasikal oleh sukarelawan dan akan berbasikal dalam segmen khas pada 5 Mei di Hab Sukan Singapura.

 KATEGORI KORPORAT BARU 
‘The Corporate Chase’ disediakan bagi syarikat yang inginkan wadah yang lebih menarik untuk membina kerjasama pasukan yang baik di tempat kerja. 

THE STRAITS TIMES RUN 
Buat julung-julung kalinya, acara berbasikal dan berlari beramai-ramai akan digabungkan untuk menawarkan pengalaman yang lebih menarik bagi peserta. 

Pendaftaran dalam talian bagi acara tersebut dibuka mulai esok (Selasa 23 Januari) pada 10 pagi dan akan ditutup pada 28 Februari. 
Orang ramai yang berminat boleh melungsuri laman www.ocbccycle.com untuk maklumat lanjut. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3