Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Acara berbasikal sokong autisme

Sep 25, 2022 | 05:30 AM



SETIAP orang boleh kekal aktif dan menyumbang kembali kepada masyarakat pada masa yang sama.



Demikian dinyatakan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, dalam ucapannya di acara berbasikal untuk autisme pagi semalam.



Beliau adalah di antara 230 peserta bersama 10 klien dari pusat aktiviti siang hari Pusat Autisme St Andrew's (SAAC) yang menyertai acara yang disokong oleh Kelab Sukan Masyarakat Joo Chiat itu.



Dalam ucapannya, Encik Tong, yang juga penasihat Pertubuhan Akar Umbi Joo Chiat di GRC Marine Parade, berkata bahawa akar umbi Joo Chiat sentiasa bersedia memberi khidmat yang lebih baik kepada para penduduk dengan menghubungkan rakyat, pertubuhan-pertubuhan dan sumber-sumber untuk membantu mereka yang memerlukannya.



"Saya berharap ini akan mencetuskan inisiatif lanjut supaya kita boleh menjaga masyarakat yang lebih luas serta orang-orang yang kurang bernasib baik.



"Apabila kita melakukan sedikit demi sedikit dan setiap daripada kita melakukan sebahagian kecil, ia mungkin kelihatan sangat kecil tetapi secara kolektif ia adalah satu langkah yang besar bagi Singapura," ujar beliau.



Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Parkway East, Encik Ivan Khor, turut menyatakan mereka komited untuk bekerjasama dengan SAAC dan menyokong usaha untuk membantu benefisiari-benefisiari orang dewasa untuk menjalani kehidupan yang berkualiti, bermaruah dan bermakna.



"Kami amat berbesar hati kerana dapat meraikan ulang tahun ke-80 kami masyarakat bersama-sama berbasikal untuk tujuan yang baik dan mengumpul dana untuk SAAC.



"Tidak kira usia, kita boleh kekal cergas dan sihat, dan saling menjaga antara satu sama lain dalam masyarakat," ujar beliau.



Selain mengumpul dana, kakitangan Hospital Parkway East juga menyumbang masa sebagai sukarelawan di SAAC sebagai pembantu guru, membantu dalam aktiviti-aktiviti di dalam kelas-kelas senaman.



Acara yang bermula di East Coast Park sekitar 7.45 pagi itu telah dianjurkan Hospital Parkway East sempena menyambut ulang tahun ke-80 dan bertujuan untuk mengumpulkan dana $28,000 bagi SAAC.



Para peserta memilih untuk berbasikal antara 10 atau 20 kilometer dan mengakhiri perjalanan mereka di SAAC Kampus Siglap yang terletak di Elliot Road sekitar 9.30 pagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >