Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Acara briyani amal sumbang lebih $2 juta kepada Cabaran Presiden

Jul 07, 2019 | 03:30 PM



 



LEBIH $2 juta telah disalurkan kepada Cabaran Presiden menerusi acara briyani amal sejak ia dimulakan 19 tahun lalu.





Jumlah tersebut telah berjaya diraih dengan sokongan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) serta masjid dan penderma murah hati.





Demikian menurut  pengerusi bersama penganjur acara briyani amal Cabaran Presiden,  Encik Shaick Fakrudeen S Ali dalam ucapannya semasa acara Briyani Amal Cabaran Presiden di Masjid Khalid pagi tadi.





Bagi memulakan cabaran tahun ini, Presiden Halimah Yacob dan suami, Encik Muhammad Abdullah Alhabshee telah melancarkan acara tersebut.





Turut hadir dalam acara itu ialah Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.





Selepas sesi simbolik memasak briyani, Presiden Halimah dan Encik Masagos telah menghidangkan briyani kepada sekitar 20 tetamu khas daripada Sree Narayana Mission dan Rumah Kanak-Kanak Jamiyah - dua badan yang telah diambil sebagai badan angkat Kelompok Masjid dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >