Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:29
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Acara Bulan Bahasa di Keat Hong CC terakhir bagi peringkat akar umbi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Acara Bulan Bahasa di Keat Hong CC terakhir bagi peringkat akar umbi

Sep 23, 2017 | 08:30 PM

ORANG ramai terhibur dengan pelbagai kegiatan dan program semasa acara Bulan Bahasa di Kelab Masyarakat Keat Hong yang dilancarkan semalam.

 

Acara di kelab masyarakat di Chua Chu Kang itu merupakan pelancaran acara Bulan Bahasa yang terakhir di kawasan kejiranan, sekali gus melambangkan penutup tirai Bulan Bahasa di peringkat akar umbi.

Ia dihadiri Anggota Parlimen (AP) Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad, dan tetamu khas, Menteri Kesihatan, yang juga AP GRC Chua Chu Kang, Encik Gan Kim Yong.

 

Acara penutup tirai Bulan Bahasa di peringkat akar umbi itu diraikan dalam satu majlis gala di kelab masyarakat tersebut pada sebelah malam dan turut dihadiri Pengerusi Jawantkuasa Bulan Bahasa, Cik Rahayu Mahzam.

Lebih 2000 orang mengunjungi Kelab Masyarakat Keat Hong bagi sama-sama menyertai acara dan kegiatan Bulan Bahasa yang diadakan, termasuk sesi bercerita oleh murid sekolah rendah, permainan tradisional seperti congkak, gubahan bunga tradisional dan pelbagai gerai yang menawarkan snek Melayu.

Satu pementasan Teater Masyarakat bertajuk 'Tasbih Kristal Biru' yang memaparkan kisah tentang membina hubungan keluarga yang kukuh dan menerapkan nilai-nilai hubungan kekeluargaan turut dipersembahkan semasa acara itu. 

Teater muzikal itu ditulis sukarelawan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Keat Hong dan disokong penduduk Keat Hong dan Chua Chu Kang.

Encik Zaqy memuji usaha mereka melangkah ke hadapan untuk menjadi sebahagian daripada pelakon teater itu dalam usaha menyokong penggunaan bahasa Melayu untuk memupuk nilai-nilai kesusasteraan.

"Selain itu, kami berharap ini dapat menggalak masyarakat pelbagai peringkat umur untuk mengenali dan mengetahui betapa indahnya bahasa Melayu menerusi beberapa dialog dan juga melalui lagu-lagu yang didendangkan di dalam persembahan ini," kata beliau.

Acara Bulan Bahasa di peringkat akar umbi telah dilancarkan di Tampines, Sembawang, Jurong dan Nee Soon sebelum ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3