Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Acara galak orang ramai tidak membazir

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Acara galak orang ramai tidak membazir

Dec 02, 2017 | 07:11 PM

 

SEKITAR 5,000 penduduk dan orang ramai menghadiri acara pasar bertemakan barangan dikitar semula - The UP Market - di Hab HDB Toa Payoh hari ini.

Acara anjuran Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapore itu merupakan daya usaha tahunan yang bertujuan menyediakan wadah bagi penduduk mengubah barangan lama dan terpakai menjadi barangan lebih berguna menerusi cara yang seronok dan kreatif.

Acara itu turut menampilkan 30 gerai yang menjual produk yang diperbuat daripada barang yang tidak digunakan lagi dan dikitar semula menjadi produk yang lebih berguna dan menarik.

Di samping itu, pemenang Pertandingan Kitaran (Upcycle) Central Singapore 2017 turut diumumkan semasa acara tersebut.

Tempat pertama dimenangi Cik Norhaini Rahmat, 45 tahun, bagi kreativitinya menggunakan botol lama untuk mengubah dan menghiasinya menjadi barangan perhiasan yang cantik.

Tempat kedua pula dimenangi Cik Sa’adah Musa, 54 tahun, yang menggunakan papan pencuci pakaian milik keluarganya yang berusia lebih 40 tahun menjadi papan mesej yang menarik.

Mayor CDC Central Singapore, Cik Denise Phua, dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Tenaga Manusia merangkap Ehwal Dalam Negeri) Josephine Teo turut hadir di acara tersebut.

Ditemui media, Cik Teo berkata usaha menggalak rakyat Singapura tidak membazir harus bermula dengan kesedaran, iaitu untuk mendidik orang ramai tentang apa yang boleh menyumbang kepada pembaziran dan apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkannya.

Beliau menambah bahawa orang ramai juga boleh mengubah tabiat mereka untuk tidak selalu membeli barangan baru dan berusaha mengitar semula barang lama menjadi barang yang lebih berguna.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3