Acara 'Geng Sihat, Sihat Selalu' Sabtu ini
May 25, 2016 | 05:30 AM
PADA Sabtu ini, Geng Sihat SG (GSSG) akan menganjurkan satu acara pasca dokumentari-drama Simptom bagi menggalakkan perubahan sihat dalam cara berfikir dan cara hidup masyarakat.
Dinamakan 'Geng Sihat, Sihat Selalu', acara yang akan berlangsung di Atrium pusat beli-belah Causeway Point itu bertujuan mendidik masyarakat tentang kesihatan mereka dan mengenali gejala awal penyakit ginjal.