Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Acara jalan kaki sempena ulang tahun S'pura ke-200

Jan 01, 2019 | 05:30 AM



SEDANG warga Singapura sibuk membuat persediaan bagi menyambut tahun baru, pertubuhan akar umbi Geylang Serai pula sibuk menganjurkan acara berjalan kaki sempena ulang tahun ke-200 Singapura sejak Sir Stamford Raffles menjejakkan kaki di tanah air ini pada tahun 1819.



Acara ini terdiri daripada kegiatan berjalan kaki sejauh 200 kilometer dan juga 'Fun Walk' sejauh dua kilometer.



Anjuran bersama Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Geylang Serai, Sukan Masters Singapura (SMA), Kumpulan Keyakinan antara Kaum dan Agama (IRCC) Geylang Serai, dan turut disokong Lembaga Taman Negara (NParks), acara berjalan kaki ini membuka tirai pada Sabtu lalu di Taman East Coast dan berakhir semalam.



Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Profesor Fatimah Lateef, yang memulakan acara berjalan kaki itu selaku tetamu terhormat berkata ulang tahun ke-200 itu merupakan acara penting bagi semua.



"Untuk meraikannya dengan gaya Singapura kita yang unik adalah penting.



"Kami melakukannya menerusi acara berjalan kaki sejauh 200 kilometer dengan memanfaatkan rangkaian penghubung taman (PCN) dan East Coast Parkway (ECP), bersama penduduk dan rakan kami, sambil menyepadukan unsur berbilang budaya, berbilang kaum, gaya hidup sihat dan semangat bergotongroyong," ujarnya.



Profesor Fatimah juga turut berjalan kaki dengan tiga wanita dalam pasukannya untuk mencapai 200 kilometer.



Seramai 120 pejalan kaki mengambil bahagian dalam acara berjalan kaki sejauh 200 kilometer yang bermula 8 malam, Sabtu lalu, dan berakhir semalam.



Malah acara berjalan kaki sejauh 200 kilometer ini telah memecah rekod Singapura dan tercatat dalam Buku Rekod Singapura sebagai pertandingan berjalan kaki yang paling jauh.



Kira-kira 200 penduduk kawasan Geylang Serai pula mengambil bahagian dalam 'Fun Walk' kelmarin yang bermula pada 8 pagi dan berakhir kira-kira 10 pagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >