Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Acara khas hargai sumbangan Lee Kuan Yew di perbarisan Hari Kebangsaan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Acara khas hargai sumbangan Lee Kuan Yew di perbarisan Hari Kebangsaan

Apr 08, 2015 | 11:57 AM

PERBARISAN Hari Kebangsaan tahun ini bakal diisi dengan acara khas - menghargai sumbangan mantan perdana menteri, mendiang Lee Kuan Yew, kepada negara.

Ini diumumkan Menteri Pertahanan Ng Eng Hen, di akaun Facebook beliau tadi.

"Sebagai tanda memperingati sumbangan beliau, kerusi kosong mendiang akan tetap bersama kita, sedang kita menonton acara di Padang," ujar Dr Ng.

Mendiang Lee meninggal dunia pada 23 Mac lalu pada usia 91 tahun dan telah menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan setiap tahun sejak yang pertama diadakan pada 1966.

"Setiap kita mengharapkan Encik Lee Kuan Yew dapat bersama untuk meraikan NDP2015 dengan seluruh warga Singapura. Ia tentunya sesuatu yang sangat istimewa, menggambarkan hasil kerja beliau sepanjang hayat... tetapi tidak begitu jadinya. Kita perlu terus melangkah, seperti yang diinginkan mendiang," kata Dr Ng lagi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3