Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Acara pendidikan, nyala lampu 'DrugFreeSG' dilancar

Jun 27, 2022 | 05:30 AM

DALAM usaha menyebarkan mesej mengenai penyalahgunaan dadah, satu acara 'pop-up' dan penyalaan lampu DrugFreeSG telah dilancar semalam.

Acara anjuran Biro Narkotik Pusat (CNB) itu adalah sebahagian Kempen Penyalahgunaan Dadah, yang dikelolakannya setiap tahun.

Pada 26 Jun setiap tahun, Singapura memperingati Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Pemerdagangan Haram.

Turut hadir melancarkan acara yang diadakan di Suntec City semalam ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

Acara 'pop-up' selama seminggu itu bertujuan mendidik warga mengenai bahaya penyalahguanaan dadah dan meraih sokongan terhadap usaha antidadah.

Tahun ini juga menandakan kali kelima penyalaan lampu DrugFreeSG diadakan.

Bangunan dan struktur ikonik di serata Singapura bermandi cahaya hijau dan/atau putih, iaitu warna reben antidadah, untuk memberi sokongan bagi usaha ini.

Edisi 2020 menyaksikan 35 rakan kongsi masyarakat menyalakan bangunan dan struktur mereka, termasuk lapan rakan kongsi baru.

Mereka ialah Jambatan Truss Bukit Timah Road, Merlion di Taman Merlion, Kelab Masyarakat Nee Soon East, Our Tampines Hub, Rumah Peralihan Pertapis, Politeknik Republic, Politeknik Singapura dan Politeknik Temasek.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3