BAGI memperingati peristiwa Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua, suatu acara telah diadakan di tapak penyerahan di City Hall Chamber, Galeri Nasional Singapura semalam.
Dianjurkan Lembaga Warisan Negara (NHB), acara itu diadakan sempena menyambut ulang tahun ke-70 Singapura bebas daripada pendudukan tentera Jepun.