Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Acara PPIS, SportCares galak kegiatan antara generasi

Nov 30, 2020 | 05:30 AM



LEBIH 100 datuk, nenek dan cucu menyertai aktiviti untuk mengeratkan hubungan antara generasi dalam acara sukan yang diadakan secara 'hybrid'- secara virtual dan juga fizikal.



Acara anjuran Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan SportCares itu diadakan sempena Hari Datuk dan Nenek dan bertujuan memberi peluang kepada datuk, nenek dan cucu mereka berinteraksi sementara membantu warga emas menjalani gaya hidup sihat dan menjaga kesihatan mental.



Antara aktiviti diadakan termasuk sesi bersenam dalam talian yang dikendalikan pelajar PPIS dan sukarelawan SportCares, aktiviti menghias biskut, sesi perkongsian yang membincangkan pentingnya gaya hidup sihat.



Turut menyertai acara tersebut secara fizikal ialah Anggota Parlimen GRC Marine Parade dan Mayor CDC South East, Encik Fahmi Aliman.



Dalam ucapannya semasa acara itu, Encik Fahmi berkata gaya hidup sihat merupakan sesuatu yang perlu disasarkan dan diteruskan sepanjang hayat.



"Sebagai seorang yang suka bersukan, saya percaya amat penting untuk terus kekalkan gaya hidup sihat, secara fizikal dan juga mental.



"Ini perlu diteruskan seumur hidup dan perlu menjadi matlamat yang perlu kita sasarkan," ujarnya.



Beliau turut menekankan pentingnya menjaga kesihatan mental, dan berharap acara tersebut dapat meningkatkan kesedaran untuk terus menjaga kesejahteraan diri dengan lebih baik.



Di akhir acara itu, kesemua datuk dan nenek diberikan kad penghargaan yang dibuat khas oleh cucu mereka.



Presiden PPIS, Cik Rahayu Mohamad, berkata: "Selaras dengan misi PPIS untuk mengukuhkan keluarga, kami sedar pentingnya melibatkan keluarga untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada warga emas dalam usaha mereka menjalani usia senja secara aktif dan baik.



"Melalui acara ini juga kami berharap untuk terus mengeratkan hubungan merentas generasi antara kanak-kanak dan juga datuk nenek mereka," ujarnya.



Memandangkan acara itu turut diadakan dalam talian kali ini, peranan teknologi dalam menjalani usia senja turut dipaparkan, kata Cik Rahayu.



PPIS dan SportCares juga berharap dapat mendorong masyarakat untuk membantu warga emas dalam usaha mereka mengamalkan gaya hidup sihat.



Ketua ActiveSG, Sport Singapore, Encik Sng Hock Lin, berkata: "Usia senja bukan satu beban tapi peluang untuk melakukan perkara yang baik.



"Sukan merupakan cara baik untuk menyatukan anggota keluarga dan menggalakkan hubungan antara generasi



"Saya tersentuh bila melihat kanak-kanak dan datuk nenek mereka seronok melakukan aktiviti bersama. Untuk itu, kami harap dapat terus mewujudkan peluang untuk melakukan aktiviti bagi semua masyarakat di Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >